Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
LambangMalaysia
                                         
 | 
 W3C   FAQs   site map   contact us   complaints & feedback 
background
OFFICIAL PORTAL OF THE

MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY

Kenyataan Media : Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Perdagangan Dan Pelaburan Antara Indonesia-Malaysia, Jakarta, 30 Jun 2016


1.    YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Bersama Perdagangan dan Pelaburan di antara Malaysia dan Indonesia (Joint Trade and Investment Committee – JTIC) yang bakal berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 30 Jun 2016. Mesyuarat JTIC ini akan dipengerusikan bersama oleh YB Menteri bersama rakan sejawat beliau T.Y.T Thomas Trikasih Lembong, Menteri Perdagangan Indonesia. Ini merupakan JTIC pertama yang akan dipengerusikan bersama oleh kedua-dua Menteri.

2.    JTIC merupakan satu platform untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala di antara Malaysia dan Indonesia. Melalui platform ini, cadangan kerjasama dan isu-isu berbangkit berhubung hubungan ekonomi dua hala akan dapat dibincangkan dan diselesaikan secara diplomatik, konstruktif dan teratur. Mesyuarat JTIC yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2008.

3.    Bagi Mesyuarat JTIC kedua ini, antara isu-isu utama yang telah dikenalpasti akan dibincangkan termasuklah mengenai perdagangan sempadan, isu halal dan eksport produk farmaseutikal Malaysia ke Indonesia. 

4.    Indonesia merupakan rakan dagang ke-7 terbesar Malaysia dan ke-3 terbesar di kalangan negara-negara ASEAN. Jumlah perdagangan Malaysia-Indonesia telah mencatatkan peningkatan sebanyak 0.8% dari RM59.7 bilion pada tahun 2014 kepada RM60.2 bilion pada tahun 2015. Manakala dari segi pelaburan, Indonesia merupakan antara destinasi penting bagi pelabur-pelabur Malaysia. Jumlah pelaburan Malaysia di Indonesia adalah kira-kira sebanyak RM60 bilion melalui pelaburan-

pelaburan dalam sektor perladangan kelapa sawit, perbankan, minyak dan gas telekomunikasi dan pembinaan. Pada tahun 2015, Malaysia merupakan pelabur kedua terbesar di Indonesia dengan nilai pelaburan sebanyak USD3.1 bilion di belakang Singapura (USD5.9 bilion). 

5.    Terdapat banyak peluang dan ruang perniagaan yang wujud di antara kedua-dua negara. Dengan jumlah penduduk seramai 255 juta orang, Indonesia menyediakan potensi pasaran yang luas untuk diterokai oleh syarikat Malaysia. Malaysia juga pada masa yang sama perlu melipat gandakan usaha untuk menarik lebih banyak pelaburan dari Indonesia ke dalam negara ini. 

6.    Sehubungan ini, mesyuarat JTIC bersama Indonesia ini adalah penting diadakan memandangkan terdapat pelbagai cadangan kerjasama dan isu perdagangan dan pelaburan yang perlu dibincangkan oleh kedua-dua negara. Mesyuarat JTIC ini akan memberikan manfaat kepada Malaysia dalam mempertengahkan isu-isu yang perlu diselesaikan untuk terus mengembangkan lagi perdagangan dan pelaburan Malaysia. 

7.    YB Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri juga akan turut mengambil peluang semasa lawatan kerja ke Jakarta ini untuk mengadakan perbincangan dengan komuniti perniagaan Indonesia bagi mengenalpasti peluang-peluang perniagaan dan pelaburan. Selain dari itu, YB Menteri juga akan turut bertemu dengan rakyat Malaysia di Indonesia untuk berkongsi mengenai perkembangan terkini ekonomi negara.


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
29 Jun 2016

  •  
  • Print
  • Email this page

 

CONTACT US
Ministry of Investment, Trade and Industry
Menara MITI, No.7,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-8000 8000 | Fax: 03-6026 4693
Email: webmiti[@]miti.gov.my
 
MITI QR Code  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysiayoutube  MITIMalaysia  MITIMalaysia

ISMS