Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
LambangMalaysia
                                         
 | 
 W3C   FAQs   site map   contact us   complaints & feedback 
background
OFFICIAL PORTAL OF THE

MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY

Essential Fan Bawa Tuah Kepada SBP Integrasi Rawang Sebagai Juara Pertandingan SME Bank Y-Biz Challenge 2016

Usaha yang berterusan dan produk ciptaan yang mempunyai nilai komersil yang tinggi telah membolehkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Rawang dinobatkan sebagai juara pertandingan SME Bank Y-Biz Challenge 2016 dengan produk mereka yang diberi nama Essential Fan.  Produk ini adalah sejenis kipas tangan yang mempunyai wangian yang boleh melegakan selsema dan pening kepala.  Kumpulan yang diberi nama SEPINTAR Young Inventors dari SBP Integrasi Rawang telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM20 ribu, piala pusingan, trofi dan sijil penyertaan.  Mereka juga menerima hadiah khas tiket penerbangan berjumlah RM25 ribu bagi menyertai mana-mana pertandingan di luar negara. Naib juara pertandingan SME Bank Y-Biz Challenge dimenangi oleh SMK Tengku Intan Zaharah,Terengganu dengan produk Pereskia Eye Gel.  Kumpulan yang diberi nama The Genius Y-Scientist membawa pulang wang tunai berjumlah RM15 ribu, trofi dan sijil penyertaan.  Manakala tempat ketiga dimenangi oleh SMK Sanzac, Sabah dengan produk sabun kecantikan yang diberi nama Chantek Sira Soap.  Kumpulan ini membawa pulang wang tunai RM10 ribu, trofi dan sijil penyertaan. 

Pada tahun ini, SME Bank telah menerima 88 penyertaan dan sebanyak 46 daripada penyertaan tersebut merupakan sekolah yang pertama kali menyertai pertandingan ini.  Selain itu, penyertaan sekolah mengikut negeri menunjukkan terdapat pertambahan jumlah penyertaan dari negeri Pulau Pinang, Terengganu, Selangor dan Sabah berbanding tahun sebelumnya.  Ini membuktikan bahawa Program Inovasi Usahawan Muda SME Bank Y-Biz Challenge telah mendapat tempat di kalangan pelajar dan sekolah-sekolah kerana konsepnya yang menarik.  Pertandingan ini juga mendapat kerjasama dari Bahagian Ko-kurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) dan Mimos Berhad.  Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia dalam majlis yang berlangsung pada 11 November 2016 di Kuala Lumpur.

pertandingan SME Bank Y-Biz Challenge 2016
Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia, melihat produk Essential Fan ciptaan SBP Integrasi Rawang diiringi oleh Tan Sri Faizah Mohd Tahir (tiga dari kanan), Pengerusi SME Bank dan Dato’ Mohd Radzif Mohd Yunus (dua dari kanan) Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank.




pertandingan SME Bank Y-Biz Challenge 2016
Para pemenang pertadingan SME Bank Y-Biz Challenge 2016 bergambar kenang-kenangan bersama Dato’ Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Malaysia.

 


Last Updated 2016-11-15 12:47:09 by Fauziah Osman

  •  
  • Print
  • Email this page

 

CONTACT US
Ministry of Investment, Trade and Industry
Menara MITI, No.7,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-8000 8000 | Fax: 03-6026 4693
Email: webmiti[@]miti.gov.my
 
MITI QR Code  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysiayoutube  MITIMalaysia  MITIMalaysia