Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Chile (MCFTA)

Latar Belakang

  • Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia– Chile ( Malaysia-Chile Free Trade Agreement MCFTA) telah ditandatangani oleh Y.B. Datuk Richard Riot Anak Jaem, Timbalan Menteri Luar Negeri, Malaysia dan TYT Alfredo Moreno Charme, Menteri Hal Ehwal Luar, Chile pada 13 November 2010 di Yokohama, Jepun. MCFTA mula berkuatkuasa pada 25 Februari 2012.
  • Rundingan ini telah dimuktamadkan pada Mei 2010 dan meliputi bidang perdagangan barangan serta kerjasama. Rundingan dalam bidang perkhidmatan dan pelaburan akan dimulakan dalam masa dua tahun selepas tarikh berkuatkuasa Perjanjian Perdagangan Barangan. Ini merupakan Perjanjian Perdagangan Bebas dua hala Malaysia yang kelima dan yang pertama dengan negara Amerika Latin.
  • Teks perjanjian MCFTA boleh dimuat turun melalui pautan berikut: MCFTA Agreement

Skop

  • Bidang-bidang yang dirangkumi di dalam Malaysia-Chile FTA adalah:
    • Perdagangan barangan
      • Tarif;
      • Peraturan Tempasal (RoO);
      • Langkah-langkah sanitari dan fitosanitari (SPS);
      • Prosedur Kastam; dan
      • Halangan Teknikal Perdagangan (TBT).
    • Isu perundangan;
    • Remedi perdagangan; dan
    • Kerjasama.
  • Perjanjian ini menggariskan komitmen  kedua-dua negara dalam liberalisasi perdagangan barangan. Malaysia   dan Chile akan   mengurang atau menghapuskan duti secara progresif ke atas produk   industri dan pertanian   masing-masing.
  • Jika anda mengeksport ke Chile, sila klik pautan berikut:
  Chile - Schedule of Tariff Commitments yang perlu dibaca bersama: Annex 3.
  • Jika anda mengimport dari Chile, sila klik pautan berikut :
  Malaysia - Schedule of Tariff Commitments

  Faedah FTA

  • Perjanjian perdagangan bebas di antara Malaysia dengan Chile , dalam jangka panjang, dapat mengukuhkan perhubungan perdagangan dan juga pelaburan melalui:
    1. Meningkatkan syer pasaran Malaysia di Chile; Memudahkan aliran pelaburan dua hala antara kedua-dua negara dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama; dan
    2. Mewujudkan peluang untuk meluaskan perdagangan dan pelaburan Malaysia di pasaran negara Amerika Latin yang lain.

Hubungi Kami Sebarang maklumbalas dan pertanyaan, sila kemukakan kepada:

Pn. Mardiana Mohd Yusof
FTA Policy and Negotiations Coordination Division
Tel: 03 - 6200 0315
Fax: 03 - 6201 7784
Email: mardianamy@miti.gov.my atau allfta@miti.gov.my