Fungsi

  • Mengkaji kebolehpercayaan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
  • Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa;
  • Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
  • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
  • Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap semua sistem termasuk sistem ICT;
  • Menjalankan fungsi audit dalam di Badan Berkanun Persekutuan di bawah kawal seliaan Kementerian berkenaan yang tiada Unit Audit Dalam selaras dengan kehendak Surat Pekeliling Am Bil. 3 tahun 1998;
  • Melaporkan kepada Ketua Setiausaha mengenai hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan;
  • Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Ketua Setiausaha; dan
  • Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)

 

Ketua Audit Dalam

Puan Mahani Abdul Aziz
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri
Pejabat Perundangan
Tingkat 5, Blok 10,
Kompleks Pejabat Kerajaan,
Jalan Tuanku Abdul Halim,
50622 Kuala Lumpur,
Malaysia

Tel : 603 - 62000052
Faks : 603 - 62013154
E-mel : mahani.hafiz@miti.gov.my