Respon kepada Kolum Suara Komuniti,Isnin, 4 Jun 2012, mukasurat 18 bertajuk Saham Healcare Terbuka untuk semua pelabur mampu

Soalan

Dalam kolum Suara Komuniti, Berita Harian,pembaca bertanya berhubung tawaran saham IHH kepada komuniti bumiputra berjumlah RM360juta :

i. Kenapa bumiputra yang mempunyai aset RM3 juta boleh memohon? Tidakkah ini memperkaya mereka yang dah kaya? Tak adil?

ii. Kenapa diletakkan had minima 250,000 saham untuk setiap pembelian bumiputra? Ini bermakna saham IHH hanya peruntuk kepada bumi atasan. Mohon penjelasan MITI

Jawapan MITI

Untuk makluman  tawaran penyenaraian awam saham Healthcare Berhad sudah ditawarkan semula oleh MITI melalui laman web pada 28 Mei 2012 (Isnin). Tawaran ini terbuka kepada semua pelabur dan institusi Bumiputera yang berkemampuan, sama seperti tawaran saham-saham IPO yang ditawarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), sebelum ini.

Jurucakap
Pembangunan
Perniagaan Bumiputera,
Bahagian Pembangunan
Usahawan MITI