Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ingin memaklumkan bahawa kami tidak terlibat dalam penerbitan " Direktori  Rasmi Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ,Pengguna Dan Perniagaan 2014" seperti yang didakwa oleh penerbit iaitu Malaysian Trade Manufacturers and Consumerism Foundation (MTMCF).

Penerbit memaklumkan bahawa direktori tersebut hanya untuk syarikat-syarikat terpilih dan bagi mana-mana syarikat-syarikat yang berminat akan dikenakan bayaran pengiklanan mengikut kadar yang telah ditetapkan.