Secara rasminya Negara Ahli WTO telah bersetuju memulakan rundingan fasilitasi perdagangan pada bulan Julai 2004. Rundingan tertumpu ke arah pembentukan satu perjanjian baru untuk isu Fasilitasi Perdagangan dengan memberi tumpuan kepada isu berkenaan:

  • kebebasan transit barangan;
  • yuran dan langkah-langkah berkaitan import dan eksport; dan
  • penerbitan dan pentadbiran peraturan perdagangan.

Pembentukan peraturan perdagangan antarabangsa melalui Perjanjian ini akan memberi manfaat kepada Negara Ahli WTO dari segi pelepasan barangan yang lebih efisien dan lancar, pengurangan kos menjalankan perniagaan dan perdagangan antarabangsa yang lebih telus dan pasti.

Selain itu, Negara Ahli WTO sedang menjalankan penilaian yang teliti ke atas bantuan teknikal serta bina upaya yang diperlukan untuk melaksanakan obligasi yang sedang dirundingkan ke arah pembentukan Perjanjian Fasilitasi Perdagangan.