Latar Belakang

1. Sebagai Kementerian yang bertanggungjawab memudah cara perdagangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja National Single Window Business Process Reengineering (NSW BPR) yang bertanggungjawab menggubal dan memberi cadangan mengenai perekayasaan proses import dan eksport.

2. Jawatankuasa Kerja tersebut telah mengambil inisiatif dengan mengadakan perbincangan bersama agensi Kerajaan dan persatuan industri yang berkaitan dalam mengenalpasti isu-isu dan amalan-amalan biasa dalam prosedur import dan eksport, terutama sekali yang berkaitan dengan keperluan dokumentasi, masa yang diambil dan kos yang terlibat dalam proses import dan eksport.

3. Pihak industri perdagangan di Malaysia, terutama yang berada di Pelabuhan Klang telah mengemukakan isu-isu utama dalam prosedur import dan eksport yang perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Antara isu yang dibangkitkan termasuk keperluan dokumentasi yang berlebihan dan kekurangan maklumat bagi proses import dan eksport yang jelas.

4. Bagi tujuan ini, Jawatankuasa Kerja tersebut telah ditubuhkan pada awal tahun 2008 dengan objektif untuk mengenal pasti amalan-amalan terbaik untuk aliran proses import dan eksport dalam menangani permasalahan yang ada serta mempertingkatkan kecekapan dalam perdagangan antarabangsa secara amnya.

5. Hasil perbincangan lanjut bersama pihak industri, Jawatankuasa Kerja telah meyediakan dan mengenal pasti 18 aliran proses bagi sembilan jenis aktiviti import dan eksport di Pelabuhan Klang. Aliran proses yang dikaji merangkumi empat (4) peringkat iaitu :

1. Penyediaan dokumen;
2. Pelepasan Kastam;
3. Kawalan teknikal, pengendalian pelabuhan dan terminal; dan
4. Pengangkutan dan pengendalian darat.

6. 18 aliran proses berdasarkan scenario di Pelabuhan Klang yang telah dikemaskini oleh Jawatankuasa Kerja tersebut adalah: