Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T

MITI's Portal

       

 

 

 

   About MITI

AKRAB PERSADA

Note: This content is not available in English.

Promo AKRAB

Highlights AKRAB

Pengerusi AKRAB PERSADA MITI & Agensi sebagi Exco Majlis AKRAB Kebangsaan dan menghadiri Bengkel Pelan Strategik AKRAB

Program Pra AKRAB

Majlis Pentauliahan AKRAB

Program Pasca AKRAB

Pengenalan AKRAB

  • “AKRAB” merujuk kepada pegawai yang telah ditauliah sebagai rakan pembimbing di agensi perkhidmatan awam yang telah Berjaya mengikuti Program Pra AKRAB Tahap I dan AKRAB Tahap II yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

  • Program PRA AKRAB adalah Program Pembangunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam iaitu sebuah modul latihan yang bertuujuan melatih peserta membantu rakan sekerja dengan menggunakan kemahiran psikologi dan elemen kaunseling serta lulus penilaian akhir yang ditetapkan.

  • Pelaksanaan AKRAB dalam Perkhidmatan Awam merupakan salah satu program yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18 Tahun 2005.

  • AKRAB Persada merupakan kumpulan rakan pembimbing peringkat kementerian di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

  • Program AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan berteraskan asas kaunseling dan kemahiran membimbing dengan perkongsian input pengetahuan, nilai-nilai murni pada diri ahli AKRAB, rakan sekerja di organisasi. Konsep AKRAB membantu rakan diwujudkan bagi menyediakan medium perantaraan antara rakan sekerja dengan pihak pengurusan sesebuah jabatan. Selain itu membolehkan pegawai berkongsi idea, tempat meluahkan perasaan, memupuk semangat berpasukan dan mendapatkan bimbingan sokongan daripada ahli-ahli AKRAB.

  • Objektif utama pelaksanaan ialah untuk membimbing pegawai yang menghadapi permasalahan, cabaran dalam menghadapi perubahan dunia pekerjaan dan meningkatkan potensi diri ke tahap yang optima.

Visi, Misi, Objektif

Visi

“Menjadikan AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia”.


Misi

  • Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi.

  • Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan.

  • Bertindak sebagai perantara antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah.

  • Saling membantu di antara AKRAB dan pengurusan sumber manusia di agensi.


Objektif

Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.

Logo AKRAB dan Moto AKRAB

 

Moto AKRAB

AKRAB Cemerlang, Perkhidmatan Awam Terbilang".

Pelan Strategik

Pengerusi

Assalamualaikum wrt. wbt. Salam Sejahtera dan Salam AKRAB

Dipanjangkan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas keizinannya bagi meneruskan bimbingan dan panduan kesejahteraan oleh AKRAB Persada kepada seluruh warga MITI dan Agensi.

Kami barisan AKRAB Persada, MITI dan Agensi berharap dapat membantu dan memberi sokongan serta kerjasama mantap bagi membimbing dan membentuk warga MITI dan Agensi yang sentiasa positif. 

Ini sekaligus seiring dengan matlamat Kementerian serta Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MITI dalam membentuk modal insan yang bukan sahaja berkualiti tinggi malah sejahtera. Ini juga bagi mendepani zaman pandemik yang cukup mencabar ini.AKRAB Persada MITI dan Agensi telah menyusun pelbagai strategi bagi mendekati warga MITI dan Agensi dalam membentuk jatidiri dan ketahanan psikologi yang optima. Kepelbagaian personaliti dipandu dengan pelbagai strategi utama yang disusun bagi memastikan setiap peringkat diambilkira dengan sebaiknya.
  
Fokus utama AKRAB Persada adalah bagi memberi khidmat bimbingan yang sebaiknya namun dibantu dengan pelbagai aktiviti bimbingan seperti Jalinan Promosi dan Pendidikan AKRAB Persada, Jalinan Kasih AKRAB Persada, Jalinan Bimbingan AKRAB Persada, Jalinan Pengukuhan AKRAB Persada, Meja Bulat AKRAB Persada: Webinar, Jalinan Kebajikan AKRAB Persada, Jalinan Kerjasama AKRAB Persada dan pelbagai lagi.

Besar harapan kami, agar warga MITI dan Agensi memahami peranan yang dimainkan oleh AKRAB Persada dalam membentuk warga MITI dan Agensi yang benar-benar berkuailiti dan sejahtera. Laman web ini juga memainkan peranan agar semua maklumat AKRAB dan berkaitan dapat dipanjangkan kepada semua warga MITI dan Agensi serta mereka yang menggunakan laman web MITI ini sekaligus memberi manfaat yang lebih besar kepada masyarakat.

Akhir kata, kami turut mengalu-alukan orang ramai mengemukakan sebarang cadangan bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan laman sesawang khusus bagi AKRAB Persada ini. Sebarang maklum balas, pandangan dan saranan boleh diajukan kepada ali.isa@miti.gov.my supaya laman sesawang ini terus menjadi medium yang berkesan dan bermanfaat kepada semua pihak dalam usaha membentuk perkhidmatan awam yang sejahtera. Bantu diri untuk bantu orang lain.

Sekian, terima kasih.

Ali Haji Isa
Pengerusi AKRAB Persada, MITI dan Agensi
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Pegawai Psikologi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada warga AKRAB PERSADA MITI dan Agensi, khususnya kepada ahli jawatan kuasa AKRAB PERSADA kerana telah berjaya mengorak selangkah ke hadapan hingga terhasilnya laman web AKRAB PERSADA MITI. Ini membolehkan capaian maklumat berkaitan bantuan sokongan psikologi yang ditawarkan oleh AKRAB PESADA MITI boleh dicapai secara global selaras dengan objektif utama AKRAB iaitu menyediakan perkhidmatan bimbingan bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi diri dan kecemerlangan kerjaya.

Adalah dapat dilihat, bantuan sokongan psikologi amat memainkan peranan penting terutamanya pada masa kini. Kita bukan hanya bergelut dengan isu peribadi, keluarga, kewangan tetapi krisis. Oleh itu, semua aspek persediaan fizikal, mental, psikologi, sosial dan emosi harus dipersiapkan buat yang terkesan secara langsung atau tidak langsung.

Secara lazimnya perkhidmatan sokongan psikologi kini perlu dilaksanakan mengikut norma baharu dan seiring dengan kecanggihan teknologi. Oleh itu, penghasilan laman web ini adalah selaras dengan keperluan semasa yang membolehkan perkhidmatan sokongan psikologi diberikan secara berterusan seperti pengguna memperolehi input bermanafaat berkaitan kesejahteraan psikologi, berpeluang menjalani sesi bimbingan bersama ahli dan melibatkan diri dalam aktiviti anjuran AKRAB.

Saya yakin, sikap ingin membantu, bekerjasama dan profesionalisme ahli AKRAB PERSADA MITI dan Agensi akan membawa impak besar terhadap kepada organisasi.

Pun begitu, suka untuk saya ingatkan agar semua ahli AKRAB PERSADA senantiasa ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli AKRAB sepertimana Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.

(HR Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadit ke 36).

Sekian terima kasih.


Kami ahli AKRAB berjanji akan :-
 

1.

Bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia khususnya Unit Latihan dan Unit Psikologi dalam:-

  1. Merancang, menyelaras dan memberikan perkhidmatan psikologi, kaunseling, bimbingan dan latihan.
  2. Menganjurkan aktiviti psikologi, kaunseling, bimbingan dan latihan seperti ceramah, syarahan, bengkel, seminar dan sebagainya.

2.

Menyimpan semua rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk tindakan susulan dan statistik.

3.

Melaporkan aktiviti dan perkara berkaitan psikologi dan kaunseling kepada Unit Psikologi.

4.

Melaporkan aktiviti psikologi, kaunseling, bimbingan dan latihan kepada BPSM dan Unit Psikologi sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

Jawatankuasa AKRAB Persada MITI & Agensi

Jawatankuasa

Ahli-ahli AKRAB

MITI

  1. Ali bin Isa
  2. Muhammad Faris bin Sameon
  3. Mawarni binti Sahar
  4. Mas Ayu binti Razali
  5. Fatima Az Zahrah Khairul Anuar
  6. Junaidi bin Safari
  7. Rossilawati Abd Rashid
  8. Norhalinda Ismail
  9. Rahayu Yahaya
  10. Hazilah Argadan
  11. Azura Abdullah @ Embong
  12. Khairul Anwar bin Abd Munir
  13. Mohd Yusof bin Mohd Sidek
  14. Nur Faradiyana Rusli
  15. Nurin Nazmi binti Ahmad Tarmizi
  16. Fazira Dahlia binti Daud
  17. Elena Ong
  18. Abdul Naim bin Abd Rahman
  19. Mohd Hairul Naim bin Ahmad Radzali
  20. Wan Rose Silawatei binti Wan Romar
  21. Rosmaliza binti Ab Latif
  22. Rosida binti Abd Rahman
  23. Noor Faizawati Ahmad Sidi
  24. Shaharmilah Tharsini Baniface
  25. Sin Fong Leng
  26. Nurul Izzah Md Yusof
  27. Roslinda Md Aris
  28. Shafinaz Mohamad Shariff
  29. Siti Rahmah Abd Rahman
  30. Ahmad Syariff Effendi Abdul Razak
  31. Asmawi Noor Saarani
  32. Mariana Azmi
  33. Rohaya Jafar
  34. Zaiyurah Mohd Radi
  35. Siti Aminah Masro
  36. Siti Hajar Kuni Kuya

MATRADE

  1. Jamaluddin Abdullah
  2. Zurina Abdul Hamid
  3. Siti Saedah Abu Bakar
  4. Haidah Mohd Esa
  5. Zarina Kamarul Bahrin
  6. Khairul Nazri Md. Shakari
  7. Rozita Abdul Razak
  8. Roshanani Mohd. Rejab
  9. Norliza Mohamad
  10. Rizman Jamil
  11. Siti Aminah Emeran
  12. Suzli Sirajuddin
  13. Rahayu Mohd Ali
  14. Nadhirah Mohammad Zainal
  15. Aznin Ibrahim
  16. Noor Azian Romlan
  17. Zaimah Osman

MIDA

  1. Saiful Ikmal bin Mohd Rusli
  2. Rohanah binti Abdullah
  3. Umi Nadzirah binti Sumar
  4. Che Hainoor binti Abd Hamid

MPC

  1. Nurfayunie Pakhruruzi
  2. Nur Sulia Saari
  3. Farah Diyana Derma Dewa
  4. Cik Roslinda Abdul Hamid
  5. Encik Abdul Malek Mohamad Aripin
  6. Encik Al Hisyam Abdul Halim
  7. Encik Mohamad Nor Bolhi
  8. Puan Vimala a/p R. Muniandy
  9. Nur Aisyah Ahmad Jailani

JSM

  1. Pn. Farahiyah binti Abu Jamin
  2. En. Wan Rukiman bin Wan Mamat
  3. Pn. Norhaliza binti Arifin
  4. Pn. Fariza binti Wan Abdullah
  5. Pn. Siti Mariam binti Mohd Din
  6. Pn. Rohasmizah binti Ismail
  7. En. Shahrul bin Mohd Tahir

Meja Bulat Akrab PERSADA (MBAB): AKRAB PERSADA & Agensi 21 April 2021



Jalinan Bimbingan AKRAB PERSADA (JBAP): Ilmu 2 Minit Mingguan

Jalinan Promosi & Pendidikan AKRAB PERSADA (JPPAP): Bunting

 

Jalinan Kasih AKRAB PERSADA (JKAP) - Preloved 30 April 2021

Jalinan Kebajikan AKRAB PERSADA (JKEAP) - Kebajikan

Jalinan Kerjasama AKRAB (JASAP)


Meja Bulat AKRAB PERSADA (MBAP): Setiausaha 28 April 2021

Meja Bulat AKRAB PERSADA (MBAP): Pen. Setiausaha 5 Mei 2021

Jalinan Promosi & Pendidikan AKRAB PERSADA: Laman AKRAB PERSADA 26 April 2021

Jalinan Promosi & Pendidikan AKRAB PERSADA (JPPAP): Menteri 20 April 2021

Jalinan Promosi & Pendidikan AKRAB PERSADA (JPPAP): Ilmu 2 Minit Sambutan Perayaan

Mesyuarat Pembangunan Laman AKRAB: Pengerusi AKRAB PERSADA dan Wakil BPM, 5 Mei 2021

Jalinan Promosi & Pendidikan AKRAB PERSADA (JPPAP): Ucapan Raya 11 Mei 2021

Jalinan AKRAB PERSADA (JPAP) Bil. 1/2021, 30 April 2021

Jalinan AKRAB PERSADA (JPAP) Bil. 2/2021, 7 Mei 2021

Jalinan AKRAB PERSADA (JPAP) Bil. 4/2021, 27 Mei 2021

Kempen MITI & AGENSI: Kebersamaan Mendepani Covid-19 Anjuran AKRAB PERSADA

Webinar AKRAB PERSADA@MITI: Taklimat Kempen Kebersamaan Mendepani Covid-19 Oleh Pengerusi Akrab Persada MITI & Agensi

Pertandingan Kempen Kebersamaan Mendepani Covid-19

Taqwim Kempen 21 Mei – Selesai PKP

Majlis Bacaan Yaasin Perdana MITI & Agensi Siri 1, 28 Mei 2021

Majlis Bacaan Yaasin Perdana MITI & Agensi Siri 2, 3 Jun 2021

Majlis Bacaan Yaasin AKRAB PERSADA@Standards Malaysia 9 Jun 2021

Majlis Bacaan Yaasin Perdana MITI & Agensi Siri 3, 11 Jun 2021

Hebahan Doa Menghadapi Covid-19 Kepada Warga MITI & Agensi

Webinar AKRAB PERSADA@MIDA: Pengurusan & Persediaan Mental Menghadapi Covid-19 – Ceramah Oleh En Ali Haji Isa, Pengerusi AKRAB PERSADA Bersama-Sama 128 Peserta Warga MIDA

Webinar AKRAB PERSADA@Kementerian: Bimbingan Bersasar; Pembangunan & Pemantapan Kerjaya Sektor Awam Mendepani Covid-19

Webinar AKRAB PERSADA@MPC: Pengurusan & Persediaan Mental Menghadapi Covid-19. Ceramah Oleh Pengerusi AKRAB PERSADA MITI & Agensi Bersama-Sama 106 Warga MIDA

Webinar AKRAB PERSADA @STANDARDS Malaysia: Pengurusan & Persediaan Menghadapi Covid-19

Webinar AKRAB PERSADA @MIDA Siri 2: BDR Secara Optima & Produktif. 154 Warga MIDA

Webinar AKRAB PERSADA @INVESTKL: Pengurusan & Persediaan Mental Menghadapi Covid-19. Seluruh Warga STANDARDS Malaysia

Pertandingan Video Raya Ceria dan Poster Kempen

Keputusan Pertandingan Video Raya Ceria dan Poster Kempen

Ilmu 2 Minit AKRAB PERSADA Mingguan

Ilmu 2 Minit AKRAB PERSADA Harian

Jalinan Kebajikan AKRAB PERSADA (JKEAP) – Apron AKRAB

Persediaan Jalinan Kebajikan AKRAB PERSADA (JKEAP): Majlis Iftar Perdana AKRAB PERSADA 28 April 2021

Jalinan Kebajikan AKRAB PERSADA (JKEP): Majlis Iftar Perdana AKRAB PERSADA MTI Dan Agensi 6 Mei 2021

Jalinan Kebajikan AKRAB PERSADA (JKEP): Kumpulan Rabbani 6 Mei 2021

Jalinan Kebajikan AKRAB PERSADA (JKEP): Sambutan Raya

Jalinan Kebajikan AKRAB PERSADA (JKEP): Webinar Raya

Sesi Bimbingan AKRAB PERSADA – Harian, 7.00 – 9.00 Pagi

Sambutan Hari Lahir Ahli AKRAB PERSADA MITI & Agensi

Pemakluman Emel Rasmi MITI Pemergian Allahyarhamah Rosmaliza Ab Latif, Ahli Akrab Yang Bertemu Maha Pencipta Pada 11 Jun 2021

Pengerusi AKRAB PERSADA Bersiaran Langsung di Media Massa

No.

Nama

Jawatan

Talian Terus

1.

Encik Ali Isa

Pengerusi AKRAB

6200 2539

2.

Encik Muhammad Faris Sameon

Setiausaha

6208 4750

3.

Encik Mohd Aizuddin Abd Jalil

Setiausaha Kerja

62000213


  •  
  • Print
  • Email this page