| |
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nota:
Lembar Fakta ini sentiasa dikemaskini.
Kemasan terakhir pada 12 Julai 2011.
Nadir Bumi |
-
Mineral nadir bumi secara relatifnya banyak didapati di permukaan bumi tetapi sukar dikeluarkan kerana sifat kimianya dan kedudukan tebaran geografi nadir bumi.
-
Logam nadir bumi digunakan dalam pelbagai pembuatan produk seperti telefon bimbit, pemacu cakera, catalytic converter , turbin angin, bateri kereta hybrid dan paparan skrin rata.
-
Pemintaan dunia untuk nadir bumi meningkat pesat dan dijangka akan melebihi bekalan di masa hadapan. Sehingga kini, China menghasilkan sekitar 97% dari bekalan dunia.
|
Nadir Bumi & Radioaktiviti |
-
Mineral nadir bumi sering dijumpai dalam bijih yang mengandungi sejumlah kecil unsur-unsur radioaktif seperti uranium dan thorium. Oleh itu, pengekstrakan nadir bumi menimbulkan beberapa isu kesihatan dan keselamatan.
-
Apakah kesannya terhadap kesihatan pekerja dan orang awam? Adakah selamat untuk mengangkut bahan-bahan mentah tersebut? Atau juga produk-produk yang telah siap diproses? Apa yang akan terjadi kepada sisa? Di mana dan bagaimana ia akan disimpan? Adakah ia akan menjejaskan kesihatan atau alam sekitar?
-
Dalam kehidupan seharian, manusia terdedah kepada radioaktif pada tahap yang sangat rendah. Thorium, misalnya, hadir secara semulajadi di dalam tanah, batuan, air permukaan ( surface water ) dan air bawah tanah, tanam- tanaman serta haiwan dalam ukuran dos yang sangat rendah. Pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi tahap keradioaktifan sebegini tidak menyebabkan ancaman terhadap kesihatan manusia.
-
Berapakah tahap radioaktif yang dianggap selamat? Had pendedahan radioaktif untuk orang ramai yang diterima-pakai adalah 1 mSv / tahun. Pendedahan radiasi tahunan, dalam milisieverts (mSv) / tahun, dalam beberapa aktiviti-aktiviti harian manusia adalah seperti berikut:
-
Merokok sebungkus rokok sehari : 150
-
Sinar-X perubatan atau pergigian : 0.39
-
Tidur di sebelah seseorang selama 8 jam : 0.02
-
Menonton televisyen 2 jam sehari : 0.01
-
Menggunakan terminal komputer : 0.001
(Sumber: United Nations Environment Protection Agency; US Department of Energy; Health Physics Society, United Nations Scientific Committee on the Effects of Atomic Radiation, 1993, 1996, 2000 )
|
Projek Lynas |
-
Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) adalah syarikat subsidiari milik penuh Lynas Corporation Ltd, Australia. Perniagaannya adalah berkaitan dengan pengeluaran dan penjualan nadir bumi dan produk berkaitan dengannya.
-
Di Malaysia, Lynas merancang untuk mengimport bijih nadir bumi daripada lombong Mount Weld di Australia Barat, diangkut ke pelabuhan Fremantle dan seterusnya dihantar oleh kapal kontena ke Kuantan, dan diproses di Kawasan Perindustrian Gebeng di Pahang.
-
Di Gebeng, kilang Lynas akan mengekstrak nadir bumi dari bijihnya untuk dieksport. Lynas menjelaskan bahawa sisa dari proses pengeskstrakan tersebut akan diguna semula bagi menghasilkan produk-produk komersial yang lain atau disimpan di tempat penyimpanan yang selamat dan terjamin.
-
Lynas menjelaskan bahawa keputusan mendirikan kilang di Gebeng adalah kerana:
-
Kedudukannya yang berdekatan dengan pelabuhan Kuantan
-
Tersedia ada gas, air dan bahan kimia
-
Tersedia ada gas, air dan bahan kimia
|
Lesen Pengilang |
-
Lynas telah mendapat kelulusan Lesen Pengilang untuk menghasilkan “nadir bumi oksida dan karbonat” di kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan pada 22 Januari 2008.
-
Kelulusan yang diberikan berdasarkan kepada beberapa syarat terutamanya yang memenuhi kehendak-kehendak di bawah:
- Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984
- Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
|
Keperluan Pematuhan
|
-
Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 dikuatkuasakan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB). AELB telah menetapkan standard keselamatan yang perlu dipatuhi oleh Lynas.
-
AELB juga turut memantau dan menilai kesan radiologi dari projek Lynas pada semua tahap meliputi pembinaan, operasi, pengangkutan, pengurusan sisa, penamatan operasi dan pemulihan alam sekitar.
-
abatan Alam Sekitar (JAS) adalah badan penguatkuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Standard keselamatan dan amalan baik yang dikuatkuasakan oleh dua badan penguatkuasa tersebut adalah sama atau setara yang diiktiraf antarabangsa.
|
Status Pematuhan |
- Lynas telah memulakan perancangan dan pembangunan kilang di kawasan Perindustrian Gebeng, Pahang sejurus memperolehi lesen perkilangan. Pada April 2011, syarikat tersebut mengumumkan bahawa pembangunan kilang Lynas telah mencapai tahap 40% dan disasarkan selesai pada September 2011.
- Pihak AELB telah mengesahkan bahawa Lynas telah memenuhi semua standard kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan ke atas syarikat setakat ini.
-
Walau bagaimanapun masyarakat setempat khususnya persatuan penduduk, organisasi bukan kerajaan dan badan profesional menyatakan projek Lynas adalah tidak selamat dan akan memberi impak terhadap kesihatan dan keselamatan orang awam.
-
Pada 22 April 2011, ekoran daripada kebimbangan masyarakat mengenai aspek kesihatan dan keselamatan projek, Kerajaan memutuskan untuk melantik Panel Pakar Bebas Antarabangsa membuat kajian semula berkenaan aspek tersebut serta memberi saranan kepada Kerajaan..
-
Sementara menunggu keputusan kajian tersebut, Kerajaan telah memutuskan bahawa:
-
Tidak diberikan lesen pra-operasi; dan
-
Tidak dibenarkan mengimport bahan mentah dari kilang di Australia
|
Misi Panel Pakar Bebas Antarabangsa IAEA |
-
Pada 13 Mei 2011, Kerajaan telah mengumumkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang berpusat di Vienna, Austria telah melantik panel pakar untuk:
-
Mengkaji semula pematuhan Lynas mengikut standard keselamatan dan amalan baik antarabangsa, dan
-
Memberi pandangan mengenai isu-isu keselamatan, khususnya yang berkaitan dengan keselamatan radiasi.
-
Skop kajian mencakupi:
-
Perlindungan radiasi (pekerjaan, orang awam, alam sekitar)
-
Penilaian keselamatan
-
Pengurusan sisa
-
Pengangkutan
-
Penamatan operasi
-
Pemulihan alam sekitar
-
Panel Pakar IAEA terdiri daripada 9 orang ahli – empat dari IAEA dan selebihnya dari Kanada, India, United Kingdom, Belanda dan Afrika Selatan. Kesemua mereka merupakan pakar terkemuka dalam kepakaran masing-masing yang berkaitan dengan aspek kesihatan dan keselamatan radiasi. (Butiran peribadi ahli panel , sila layari http://bit.ly/ihqUlr )
-
Anggota panel ini telah melawat Malaysia dari 29 Mei hingga 3 Jun 2011 dalam misi mencari fakta dan mereka turut menerima pandangan–pandangan daripada orang awam termasuk persatuan penduduk, kumpulan komuniti, organisai bukan kerajaan, badan profesional dan parti politik.
-
Pada 30 Jun 2011, Panel Pakar IAEA telah mengemukakan laporan lengkap kepada Kerajaan Malaysia dan dipamerkan kepada umum. Laporan ini boleh diakses di laman sesawang IAEA ( http://www.iaea.org/newscenter/news/pdf/lynas-report2011.pdf ). Ia juga boleh dilihat melalui hyperlink di laman sesawang MITI (http://bit.ly/m431qy) dan laman sesawang MOSTI ( www.mosti.gov.my ).
|
Penemuan dan Saranan Utama Panel Pakar Bebas Antarabangsa |
-
Bagaimana sisa akan disimpan atau dilupuskan
-
Apa akan terjadi apabila operasi projek ditamatkan
-
Bagaimana alam sekitar dipulihkan kepada keadaan asal selepas tamat projek
|
>
Pendirian Kerajaan
|
-
Kerajaan menerima pakai semua saranan dalam Laporan IAEA, dan akan memastikan kesemuanya dilaksanakan.
-
Lynas perlu mematuhi syarat-syarat keselamatan oleh laporan IAEA ini sepenuhnya.
-
Ini termasuk mengemukakan pelan pengurusan sisa jangka panjang yang komprehensif untuk kelulusan AELB sebelum memulakan operasi.
-
Sehingga semua ini dilaksanakan:
-
Tiada kelulusan pelesenan lanjut untuk Lynas akan dipertimbangkan
-
Tiada sebarang pemindahan bahan mentah ke dalam Negara
-
Tiada aktiviti operasi dibenarkan di tapak projek Lynas
-
AELB akan diberikan sumber-sumber tambahan bagi menjalankan tugas-tugas mereka. Ini termasuk yang menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan kesihatan awam dan keselamatan.
-
Keselamatan awam kekal menjadi keutamaan Kerajaan dan Kerajaan sama sekali tidak akan bertolak ansur dalam hal ini.
|
Last Updated 2015-05-14 11:59:44 by admin2