Mulai 1 sehingga 14 Jun 2021:
a. Urusan pemprosesan AP menerusi Sistem E-Permit akan berjalan seperti biasa mengikut piagam pelanggan yang telah ditetapkan (bagi permohonan yang lengkap) bagi kategori AP berikut:
- AP import kenderaan francais dan terbuka (5 hari bekerja);
- AP import kenderaan luar kuota seperti CKD, R&D, Persendirian, Klasik dan Vintaj dan lain-lain (5 hari bekerja);
- AP import besi dan keluli, termasuk AP eksport besi lusuh (2 - 3 hari bekerja); dan
- AP import jentera berat (5 hari bekerja).
b. Bagi urusan pembayaran fi AP Terbuka kategori kereta, urusan pembayaran dan pemprosesan pembayaran fi akan berjalan seperti biasa;
c. Untuk sebarang pertanyaan dan penjelasan lanjut, pihak syarikat bolehlah mengemukakan emel kepada Pengarah Seksyen Kawalan Eksport dan Import (SKEI) dan disalinkan kepada Ketua Penolong Pengarah unit-unit yang berkaitan seperti berikut:
Emel kepada |
En. Ahmad Azrai Abd. Mubin |
Disalinkan kepada |
Import Kenderaan Francais dan Terbuka En. Mohd Rafizal Rahim |
Import Kenderaan Luar Kuota En. Khalid Faesal Abdul Rahman |
|
Import Besi dan Keluli, Eksport Besi Lusuh, Import Jentera Berat dan Import Bahan Kimia En. Omar Muhamed |
d. Sekiranya permohonan memenuhi syarat yang ditetapkan, keputusan akan dimaklumkan kepada syarikat melalui emel.