Kementerian ( MITI) memaklumkan bahawa syarat kelulusan AP Terbuka adalah seperti berikut:

1) Syarikat mengekalkan 100 peratus pegangan ekuiti Bumiputra .

2)Sebarang perubahan pemilikan dan Lembaga pengarah hendaklah mendapat kelulusan Miti terlebih dahulu.

3) urusan pernigaan hendaklah dijalankan oleh syarikat sendiri tanpa menggunakan perkhidmatan syarikat pengahntara.

4) Bilik pameran yang sesuai perlu dikekalkan dalam tempoh syarikat sebagai pemegang AP.

Tindakan akan diambil untuk menggantung atau membatalkan kelulusan AP sekirany terdapat maklumat pelanggaran mana-mana syarat yang ditetapkan.Pegawai-pegawai Miti dari masa semasa mengadakan lawatan mengejut ke premis-premis syarikat pemegang AP bagi memastikan syarikat menjalankan pernigaan sendiriMITI telah menarik balik peruntukan AP kepada 155 syarikat kerana terdapat bukti syarikat telah melanggar syarat AP.

Ingin juga dimaklumkan bahawa MITI kini sedang melaksanakan audit dan kajian bagi memastikan pematuhan syarat-syarat AP

 

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kuala Lumpur
13 Jun 2008