bm-<span class="glossary" data-glossaryid="60" >MEUFTA</span>

Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah

Latar Belakang

  • Pada 27 Februari 2010, Kabinet telah bersetuju supaya Malaysia mengadakan Perjanjian Perdagangan Bebas ( Free Trade Agreement -FTA) dengan beberapa negara/rantau yang telah dikenalpasti, termasuklah Kesatuan Eropah. Malaysia dan Kesatuan Eropah telah memulakan rundingan pusingan pertama pada 6 Disember 2010 di Brussels, Belgium.

Skop

  • Sejumlah 13 Kumpulan Kerja telah diwujudkan untuk merundingkan isu-isu berikut:
  1. Akses Pasaran bagi Barangan;
  2. Perkhidmatan dan Pelaburan;
  3. Kastam dan Fasilitasi Perdagangan;
  4. Peraturan Tempasal;
  5. Remedi Perdagangan;
  6. Langkah Sanitari dan Fitosanitari;
  7. Halangan Teknikal Perdagangan;
  8. Dasar Persaingan;
  9. Hak Harta Intelek, termasuk Indikasi Geografi;
  10. Perolehan Kerajaan;
  11. Isu Kelestarian Pembangunan (iaitu Buruh dan Alam Sekitar);
  12. Mekanisma Penyelesaian Pertikaian; dan
  13. Ketelusan/Isu Institusi.
  • Kedua-dua pihak turut merundingkan secara selari Perjanjian Perkongsian dan Kerjasama (Partnership and Cooperation Agreement – PCA).

Status

  • Sehingga April 2012, tujuh pusingan rundingan sudah diadakan.
  • Rundingan dalam semua bidang, yang kini di peringkat rundingan teks menunjukkan kemajuan yang menggalakkan.
  • Kedua-dua pihak sedang berusaha untuk memuktamadkan rundingan pada 2012.

Faedah

  • Kesatuan Eropah merupakan pasaran yang penting bagi Malaysia yang menyediakan akses berdaya maju untuk menembusi pasaran zon Eropah yang strategik. Kesatuan Eropah juga merupakan sumber yang penting bagi pelaburan langsung asing dan pemindahan ilmu dan teknologi.
  • Pada tahun 2011, nilai dagangan antara Malaysia dan Kesatuan Eropah berjumlah RM132 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 7.4 peratus dengan eksport bernilai RM72 bilion (peningkatan sebanyak 4.7 peratus) dan import bernilai RM60 bilion (peningkatan sebanyak 11 peratus). Jumlah dagangan memihak kepada Malaysia.
  • Pada tahun 2011,Kesatuan Eropah merupakan:
    • rakan dagang Malaysia yang ke-4 terbesar;
    • destinasi eksport Malaysia yang ke-4 terbesar; dan
    • sumber import Malaysia yang ke-4 terbesar.
  • Malaysia merupakan:
    • rakan dagang Kesatuan Eropah yang ke-23 terbesar;
    • destinasi eksport Kesatuan Eropah yang ke-27 terbesar; dan
    • sumber import Kesatuan Eropah yang ke-17 terbesar.
  • Di kalangan negara ASEAN, Malaysia merupakan:

    • rakan dagang Kesatuan Eropah yang kedua terbesar, selepas Singapura;
    • destinasi eksport Kesatuan Eropah yang kedua terbesar, selepas Singapura; dan
    • sumber import Kesatuan Eropah terbesar.
  • Eksport utama Malaysia ke Kesatuan Eropah pada tahun 2011 termasuklah barangan elektrik dan elektronik, minyak sawit, kimia dan produk kimia, produk getah serta peralatan optik dan saintifik.
  • Import utama Malaysia dari Kesatuan Eropah pada tahun 2011 termasuklah produk elektrik dan elektronik, mesin, perkakasan dan alat ganti, kimia dan produk kimia, peralatan pengangkutan serta produk besi dan keluli.

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Cik Arividya Arimuthu
Ketua Penolong Pengarah (Koordinator, Malaysia-EU FTA)
ASEAN Economic Cooperation
Ministry of International Trade and Industry (MITI)
Level 13, Block 8
Government Offices Complex
Jalan Duta,
50622 KUALA LUMPUR
Tel: 03- 62034712 / 62000570
Fax: 03-6201 9799
Email: arividya@miti.gov.my