Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
LambangMalaysia
                                         
 | 
 W3C   FAQs   site map   contact us   complaints & feedback 
background
OFFICIAL PORTAL OF THE

MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY

WHS himpunkan 81 pakar halal

KUALA LUMPUR 30 Mac – Sidang Kemuncak Halal Dunia 2015 (WHS2015) bakal menghimpunkan 81 pakar halal dari 17 buah negara menerusi empat forum yang diadakan mulai 1 hingga 3 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sha­pers Malaysia Sdn. Bhd. (Shapers Malaysia), Datuk Mohd. Shukri Abdullah (gambar) berkata, forum tersebut akan menjadi platform tepat bagi membincangkan isu-isu halal sekali gus membangkitkan kesedaran masyarakat dunia tentang pentingnya mendapatkan poduk yang halal.

Katanya, empat forum yang baharu diperkenalkan itu ialah Forum Sarjana, Forum Persijilan, Forum Akademik dan Forum Perniagaan me­nampilkan objektif berbeza yang wajar direbut golongan peniaga sama ada di dalam dan luar negara.

 

“Setiap forum itu akan membincangkan pelbagai topik melibatkan pakar-pakar halal antarabangsa dan mencari kaedah terbaik dalam membangkitkan kesedaran mengenai kepentingan halal terutama standard dan persijilan serta peranan institusi berkaitan,” katanya dalam sidang akhbar WHS 2015 di sini baru-baru ini.

WHS dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perda­gangan Luar Malaysia (Matrade), Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) manakala Shapers Malaysia merupakan penganjur bersama dan pengurus untuk WHS.

 

Sidang kemuncak itu yang bakal berlangsung bermula 30 Mac sehingga 4 April 2015 akan di­rasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

WHS menawarkan pameran perdagangan dan enam persidangan membincangkan topik terkini termasuk sistem integriti halal bagi negara bukan Islam dan halal dalam era digital.

Antara program yang dianjurkan sepanjang WHS2015 termasuklah Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas), Konvensyen Badan Persijilan Halal Antarabangsa Ja­batan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kali keenam dan Persida­ngan Halal Dunia kali kelapan.


Last Updated 2015-08-06 09:56:47 by vox vox

  •  
  • Print
  • Email this page

 

CONTACT US
Ministry of Investment, Trade and Industry
Menara MITI, No.7,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-8000 8000 | Fax: 03-6026 4693
Email: webmiti[@]miti.gov.my
 
MITI QR Code  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysiayoutube  MITIMalaysia  MITIMalaysia
ISMS