Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MITI bertemakan Ekonomi Lestari, Teguh dan Makmur. Sambutan majlis rumah terbuka kali ini diraikan bersama keluarga MITI, Agensi-Agensi MITI, para pemain industri, dewan perniagaan serta rakan-rakan media yang telah banyak menyokong usaha mencerdaskan semula ekonomi. Turut hadir YAB Dato’ Sri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia, dan barisan Menteri Kabinet.