Latar belakang
Pada April 1956, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan telah ditubuhkan dan beribu pejabat di Pejabat Kerajaan di Jalan Raja. Kementerian ini kemudiannya telah ditukar kepada Kementerian Perdagangan dan Perindustrian pada Februari 1972. Pada 27 Oktober 1990, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian berpecah kepada 2 Kementerian berasingan iaitu:
i) Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI); dan
ii) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDN).
Visi
Untuk menempatkan Malaysia sebagai Salah Sebuah daripada Sepuluh Negara Perdagangan Utama Dunia menjelang tahun 2020.
Misi
Untuk mempromosi dan mengatur strategi daya saing global Malaysia di arena perdagangan antarabangsa dengan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.
Untuk memacu aktiviti-aktiviti pembangunan industri ke arah peningkatan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
Objektif
Untuk merancang, menggubal dan melaksanakan Dasar-Dasar Perdagangan Luar dan Industri Negara supaya berkembang dengan pesat ke arah Pencapaian Dasar Ekonomi Negara dan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Fungsi MITI
-
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar pelaburan, pembangunan perindustrian dan perdagangan luar Negara;
-
Merangka dasar dan strategi pembangunan perindustrian;
-
Menggubal dan menggalakan hubungan perdagangan duahala dan pelbagaihala serta kerjasama perdagangan serantau;
-
Merancang dan menggalak pembangunan prestasi eksport Malaysia di pasaran antarabangsa;
-
Merancang, menyelaras dan mengesan pembangunan perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana;
-
Memaju dan memperbaiki kemahiran pengurusan, penyeliaan dan keusahawanan amnya kepada golongan swasta dan khususnya kepada Bumiputera;
Memastikan negara mendapat faedah yang maksimum daripada institusi pembuatan.
Last Updated 2015-05-14 12:00:08 by admin2