PENGENALAN
-
Garispanduan ini bertujuan untuk menerangkan syarat-syarat permohonan serta tatacara yang perlu dipatuhi oleh syarikat-syarikat dan koperasi-koperasi yang memohon untuk mendaftar sebagai pelabur Bumiputera bagi tujuan peruntukan saham-saham khas.
-
Bagi Syarikat Sdn. Bhd.
- Syarikat ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.
- Modal berbayar tidak kurang dari RM25,000.
- Pemegang saham adalah 100% Bumiputera.
- Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
- Tenaga pengurusan termasuk profesional adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
- Kakitangan sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
- Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan:
- Memorandum and Article of Association (M & A) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat.
- Borang 24: Maklumat Pemegang Saham.
- Borang 49: Maklumat Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat.
- Borang Penyata Tahunan terkini (Form of Annual Return).
-
Bagi Koperasi
- Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993.
- Modal Syer ahli tidak kurang dari RM25,000.
- Ahli Koperasi adalah 100% Bumiputera.
- Ahli Lembaga Pengarah adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
- Tenaga Pengurusan termasuk profesional adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
- Kakitangan Sokongan adalah sekurang-kurangnya 51% Bumiputera.
- Koperasi hanya perlu mendaftar sekali sahaja.
-
Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan:
- Salinan sijil pendaftaran koperasi.
- Buku Perundangan Kecil Koperasi.
- Laporan Penyata Tahunan terkini yang telah disahkan oleh Juruaudit.
-
Cara Memohon
-
Menggunakan Borang ID/(SB/B/K) yang boleh didapati dari:
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),
Seksyen Pembangunan Perniagaan Bumiputera
Aras 7, Blok Menara
No. 18, Persiaran Perdana
Precint 2, 62652 PUTRAJAYA
Tel. : 03-8880 5005/5081
Faks : 03-8880 5142
- Borang lengkap hendaklah dihantar ke alamat yang sama.
-
Menggunakan Borang ID/(SB/B/K) yang boleh didapati dari:
KUASA MELULUS
Pengarah Seksyen Pembangunan Perniagaan Bumiputera .
PROSES KERJA
- Menerima Borang ID/(SB/B/K).
- Menyemak borang permohonan.
- Memproses borang permohonan.
- Pertimbangan.
- Memaklumkan keputusan.
PIAGAM PELANGGAN
Surat keputusan akan dihantar kepada pemohon dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
CARTA ALIRAN KERJA
Last Updated 2015-05-14 11:58:25 by admin2