-
Garispanduan ini bertujuan untuk menerangkan syarat-syarat permohonan serta tatacara yang perlu dipatuhi bagi permohonan mendapatkan kelulusan pindahmilik saham.
-
Syarikat Yang Layak Memohon
Syarikat-syarikat Sendirian Berhad yang dilesenkan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975.
-
Cara Memohon
Mengemukakan surat permohonan dengan menyertakan:
i) Borang 24: Maklumat Pemegang Saham terkini yang telah disahkan oleh Setiausaha Syarikat.
ii) Borang 49: Maklumat Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat terkini yang telah disahkan oleh Setiausaha Syarikat.
iii) Borang Penyata Tahunan (Form of Annual Return) terkini yang telah disahkan oleh Setiausaha Syarikat.
iv) Resolusi Lembaga Pengarah.
v) Sebab-sebab pindahmilik.
vi) Struktur ekuiti terkini syarikat.
vii) Profil pembeli.
-
Permohonan lengkap hendaklah dihantar kepada:
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri (MITI),
Bahagian Khidmat Industri,
Tingkat 3, Blok 10,
Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta,
50622 Kuala Lumpur.
Tel : 03-6203 4801
Faks : 03-6201 0437
KUASA MELULUS
Ketua Setiausaha MITI
PROSES KERJA
- Menerima permohonan.
- Menyemak dan memproses permohonan.
- Perakuan kepada Ketua Setiausaha (KSU).
- Pertimbangan KSU.
- Menghantar surat keputusan.
PIAGAM PELANGGAN
Surat keputusan akan dihantar kepada syarikat dalam tempoh 12 hari bekerja bermula dari tarikh permohonan lengkap diterima.
CARTA ALIRAN KERJA
Last Updated 2015-05-14 11:58:32 by admin2