No.

Soalan

Jawapan

1.

Apakah maksud AP?

AP merupakan lesen import dan lesen eksport yang diwartakan dibawah Akta Kastam 1967.

 

2.

Siapakah yang mengeluarkan AP?

AP dikeluarkan oleh:

1.Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI);


2. Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi (KPPK);

3. Kementerian Pertanian (MOA);

4. Kementerian Dalam Negeri (MOHA);

5. Kementerian Kesihatan (MOH);

6. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI);

7. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT);

8. Kementerian Sumber Asli (MNRE);

9. Kementerian Komunikasi & Multimedia (KPKK); dan

10. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK).

 

 

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan AP berikut:

1. Kenderaan

2. Besi & Keluli

3. Barangan Keperluan               

4. Barangan Dua Guna

1. Kenderaan

  • Semua jenis Kenderaan (termasuk motorsikal dan kenderaan komersil) yang diimport sebagai unit Completely Built-up (CBU) dan Completely Knocked Down (CKD)


2. Besi & Keluli

  • Import - Plates, Pipes, Galvanised Iron (GI) dan Electrolytic Galvanised Iron (EG)
  • Export - Keluli dan Besi Buruk


3. Barangan Keperluan

  • Import - Gula, Tepung , Batik  
  • Eksport - Gula, Simen/Klinker, Kertas Terpakai,                 


4. Barangan Dua Guna

  • Jentera Berat, Sisa Plastik, Tayar Terpakai, Bahan Kimia, Helmet

 

4.

Bagaimana caranya untuk mendapatkan kod tariff produk?

Bagi mendapatkan kod tariff, boleh berhubung terus dengan Cawangan Penjenisan, Tarif dan Gubalan, Kastam DiRaja Malaysia:

Ibu Pejabat Kastam DiRaja Malaysia,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 3, Persiaran Perdana,
Presint 2,
62596 Putrajaya.
Tel :03 - 8882 2100 / 2300 / 2500

 

5.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk suatu permohonan AP?

Permohonan AP akan diproses mengikut Piagam Pelanggan MITI dan bergantung kepada jenis permohonan:

1. Permohonan secara manual

  • 5 hari bekerja bagi produk besi & keluli; dan
  • 7 hari bekerja bagi produk-produk lain;

    atau


2. Pemohonan atas talian

  • 2 hari bekerja bagi produk besi & keluli; dan
  • 5 hari bekerja bagi produk-produk lain.

 

6.

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai  AP dari Portal MITI?

  • Maklumat boleh diperolehi melalui Portal MITI di alamat www.miti.gov.my; dan

  • klik pada ikon Approved Permit di bawah ruangan "Sorotan"; atau

  • melalui menu utama iaitu Panduan -> Approved Permit (AP).

7.

Bagaimanakah cara untuk memohon AP dari MITI?

1. Permohonan kali pertama perlu dilakukan secara manual dengan menyerahkan dokumen ke:
Tingkat 2, Blok 10,
Kompleks Kerajaan Jalan Duta,
50622 Kuala Lumpur.



2. Permohonan kali kedua dan seterusnya hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Portal MITI di alamat www.miti.gov.my setelah mendapat ID daripada Bahagian Pengurusan Maklumat MITI

 

8.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan ID?

1. ID boleh diperolehi dengan mengisi Borang Permohonan ID.

2. Muat turun Borang Permohonan ID di sini 


3. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar ke Bahagian Pengurusan Maklumat MITI melalui emel atau faks. Permohonan ID akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja.


4. Notifikasi emel akan dihantar setelah ID syarikat diwujudkan. Wakil syarikat perlu hadir ke Bahagian Pengurusan Maklumat MITI dengan membawa sesalinan notifikasi emel bagi mengambil ID tersebut. Hanya ID yang diberikan oleh MITI sahaja yang dibenarkan boleh digunakan untuk membuat permohonan secara atas talian (online).


5. Bahagian Pengurusan Maklumat MITI boleh dihubungi di alamat berikut:

Tingkat 1, Blok 10,
Kompleks Kerajaan Jalan Duta,
50622 Kuala Lumpur.
Emel : apbpm@miti.gov.my
Faks : 03 - 62033142

9.

Permohonan AP kali pertama memerlukan borang JK69 (import) dan borang K2 (export). Dimanakah borang tersebut boleh didapati?

 

Borang JK69 dan K2 boleh dibeli di Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

 

10.
Siapakah yang boleh dihubungi untuk pertanyaan lanjut?
Sebarang pertanyaan boleh dimajukan ke talian 03 - 6200 0380.