PENGENALAN
-
Prosedur Pendaftaran ini adalah bagi semua MoU dan Perjanjian Usahasama untuk melaksanakan projek/pelaburan di luar negara yang ditandatangani oleh syarikat-syarikat tempatan dan disaksikan sama ada oleh Y.A.B Perdana Menteri, Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Y.B Menteri-Menteri atau Wakil-wakil Kerajaan Malaysia.
- Pendaftaran MoU dan Perjanjian-perjanjian Usahasama hendaklah dibuat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
-
Borang Pendaftaran hendaklah diisi dalam satu salinan dan dikembalikan kepada Bahagian Hubungan Ekonomi dan Perdagangan, MITI sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh MoU/Perjanjian Usahasama ditandatangani.
-
Borang Pendaftaran boleh didapati dari:
-
Kementerian Perdagangan Antarabangsa
dan Industri (MITI),
Bahagian Hubungan Ekonomi dan Perdagangan,
Tingkat 4, Blok 10,
Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta,
50622 Kuala Lumpur.
Tel : 03-62033022
Faks : 03-62010827
- Laman Web www.miti.gov.my
-
Kementerian Perdagangan Antarabangsa
PROSES KERJA
-
Menerima permohonan pendaftaran yang disertakan dengan borang berikut: i) Borang 24: Maklumat Pemegang Saham.ii) Borang 49: Maklumat Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat.
-
Menyemak borang permohonan.
-
Menyediakan ringkasan maklumat MoU yang merangkumi:
- Nama syarikat.
- Jumlah modal berbayar.
- Jenis dan aktiviti perniagaan dijalankan.
- Projek yang telah disiapkan/ dilaksanakan.
- Maklumat terperinci MoU.
- Anggaran kos projek.
- Pembiayaan kewangan.
- Jangka masa pelaksanaan projek.
-
Borang permohonan pendaftaran dan dokumen berkaitan dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa untuk ulasan dan pertimbangan.
- Memaklumkan keputusan kepada syarikat yang memohon. Menghantar satu salinan perjanjian ke Pejabat Perdana Menteri/Timbalan Perdana Menteri/Menteri yang mana berkaitan.
Last Updated 2015-05-14 11:58:35 by admin2