Untitled Document

Kerajaan Malaysia telah memulakan penyiasatan kes anti-lambakan pada 19 Jun 2014 berikutan daripada satu petisyen yang dikemukakan oleh Megasteel Sdn. Bhd. yang mewakili industri tempatan yang mengeluarkan produk gegelung gulungan panas (Hot Rolled Coils). Pempetisyen mendakwa HRC yang berasal atau dieksport dari Republik Rakyat China, Republik Indonesia dan Republik Korea dibawa masuk ke Malaysia dengan harga yang lebih rendah daripada yang dijual di pasaran domestik negara tersebut. Pempetisyen mendakwa ini telah menyebabkan kemudaratan material kepada industri tempatan di Malaysia.

Kerajaan juga telah menjalankan penyiasatan secara menyeluruh terhadap pengeluar dan pengimport di Malaysia dan pengeluar/pengeksport di negara-negara terbabit yang telah bekerjasama dalam penyiasatan dan Kerajaan kini telah memuktamadkan penentuan akhir penyiasatan.

Kadar duti import bagi pengimportan HRC dari Republik Rakyat China dan Republik Indonesia adalah seperti:

Republik Rakyat China:
Benxi Beiying Iron and Steel Group Imp. and Exp. Corp. Ltd.
Benxi Iron and Steel (Group) Int’l Economic and Trading Co., Ltd.
Rizhao Steel Wire Co., Ltd.
Shanxi Taigang Stainless Steel Co., Ltd.
Lain-lain

 

6.35%
3.49%
12.19%
2.49%
12.19%

Republik Indonesia:
PT Krakatau Steel (Persero) Tbk.
Lain-lain

 

11.20%
11.20%

 

Kadar duti import bagi pengimportan Chequered Coils dari Republik Rakyat China dan Republik Indonesia adalah seperti:

Republik Rakyat China:
Semua pengeluar/pengeksport

 

15.62%

Republik Indonesia:
Semua pengeluar/pengeksport   

 

25.40%

Kadar duti import bagi pengimportan P&O dari Republik Rakyat China dan Republik Indonesia adalah seperti:

Republik Rakyat China:
Semua pengeluar/pengeksport

 

15.62%

Republik Indonesia:
PT Krakatau Steel (Persero) Tbk.
Lain-lain                     


 

20.56%
20.56%

Kerajaan telah membuat suatu penentuan muktamad di bawah subseksyen 25(1) Akta bahawa tiada margin lambakan wujud mengenai dagangan subjek yang berasal atau dieksport dari Republik Korea ke dalam Malaysia bagi penentuan muktamad kerana jumlah import dagangan subjek adalah pada tahap sedikit sahaja.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menguatkuasakan pungutan duti anti-lambakan tidak melebihi tempoh lima tahun berkuatkuasa dari 14 Februari 2015.

Dengan pengenaan duti anti-lambakan bagi produk HRC ke atas negara-negara berkenaan, ini dijangka dapat dapat mengatasi isu lambakan dari negara-negara tersebut.

Pihak berkepentingan (pengimport, pengeluar/pengeksport asing dan persatuan-persatuan) yang berkaitan dengan penyiasatan boleh mendapatkan salinan versi tidak sulit penentuan muktamad dengan membuat permohonan bertulis kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di alamat:

Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Tingkat 14, Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan
Jalan Duta
50622 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Nombor Telefon    :   (603) 6200 0111/0115/0122
Nombor Faksimile   :  (603) 6203 1745
E-mel   :   alltps@miti.gov.my

 

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kuala Lumpur, Malaysia
Februari 2015