Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
LambangMalaysia
                                         
 | 
 W3C   FAQs   site map   contact us   complaints & feedback 
background
OFFICIAL PORTAL OF THE

MINISTRY OF INVESTMENT, TRADE AND INDUSTRY

Belum ada cadangan rasmi FTA dengan Mesir – Mustapa, 12 January 2010

 

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) belum ada sebarang cadangan rasmi untuk mengadakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Mesir.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimanapun berkata, usaha ke arah itu sedang dilaksanakan oleh kedua-dua negara.

''Walaupun kita telah menyatakan komitmen untuk meningkatkan FTA dengan lebih banyak negara, sehingga ini belum ada cadangan rasmi membabitkan Mesir,'' katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan Menteri Perdagangan dan Industri Mesir, Rachid Mohamed Rachid di Menara MATRADE di sini hari ini.

Hadir sama timbalannya, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Ditanya sama ada Malaysia bersedia menjadikan Mesir sebagai pintu masuk perdagangan ke Asia Barat dan Afrika, beliau berkata, perancangan itu memang telah lama dibincangkan antara kedua-dua negara.

''Mesir juga pada masa yang sama ingin menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk bagi pasaran di Asia Tenggara tetapi apa yang penting bagaimana kita hendak melaksanakan perancangan tersebut.

''Bagi menjayakannya, kita perlu menyelesaikan beberapa perkara penting terlebih dahulu bagi membolehkan syarikat dari negara ini dan Mesir menikmati faedahnya,'' jelasnya.

Sementara itu, Rachid Mohamed berkata, lawatannya bersama delegasi usahawan Mesir merupakan kunjungan balas selepas delegasi MITI mengunjungi negara itu pada Oktober lalu.

Beliau berharap lawatan balas kali ini mampu menerokai bidang ekonomi baru antara kedua-dua negara dan pada masa yang sama meningkatkan lagi perdagangan sedia ada.

Katanya, banyak bidang ekonomi yang berpotensi untuk diterokai oleh syarikat Malaysia di Mesir antaranya petroleum dan gas, pembuatan serta sistem pengangkutan dan industri halal.

Menurutnya, buat masa ini nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Mesir masih lagi rendah iaitu RM2.75 bilion pada 2008.

--Utusan Malaysia


Last Updated 2015-05-14 11:59:49 by admin2

  •  
  • Print
  • Email this page

 

CONTACT US
Ministry of Investment, Trade and Industry
Menara MITI, No.7,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-8000 8000 | Fax: 03-6026 4693
Email: webmiti[@]miti.gov.my
 
MITI QR Code  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysia  MITIMalaysiayoutube  MITIMalaysia  MITIMalaysia
ISMS