Kenyataan Akhbar : Permulaan Penyiasatan Anti-Lambakan Mengenai Import Pre-Painted / Painted / Colour Coated Steel Coils Yang Berasal Atau Dieksport Dari Republik Rakyat China Dan Republik Sosialis Viet Nam
Pempetisyen mendakwa bahawa jumlah import dari negara-negara tersebut telah meningkat dari segi jumlah kuantiti mutlak dan memberi kemudaratan material kepadanya. Kerajaan telah menentukan bahawa terdapat bukti yang mencukupi bagi lambakan, kemudaratan dan hubungkait di antara kedua-duanya. Oleh itu, Kerajaan telah memutuskan untuk memulakan suatu penyiasatan awal ke atas import Pre-Painted / Painted / Colour Coated Steel Coils dari negara-negara tersebut.
Sehubungan ini, MITI akan mengedarkan borang soal selidik kepada pihak berkepentingan (pengimport, pengeluar asing, pengeksport dan persatuan-persatuan). Pihak berkepentingan yang lain juga boleh mendapatkan borang soal selidik tersebut selewat-lewatnya 14 Mei 2015. Pihak berkepentingan juga boleh memberi pandangan dan bukti tambahan secara bertulis bagi menyokong siasatan ini selewat-lewatnya pada 28 Mei 2015. Sekiranya tiada maklumat tambahan diterima dalam tempoh yang ditetapkan, pihak Kerajaan boleh membuat penentuan awal berdasarkan fakta yang sedia ada.
Sebarang maklumat lanjut mengenai penyiasatan ini boleh didapati dengan menghubungi:
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Tingkat 14, Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan
Jalan Duta
50622 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Nombor Telefon : (603) 6200 0111
Nombor Faksimile : (603) 6201 6394
E-mel : alltps@miti.gov.my
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Kuala Lumpur, Malaysia
28 April 2015
Last Updated 2015-05-14 12:00:07 by admin2