Untitled Document

Kami ingin memaklumkan bahawa “The Malaysian Trade and Industry Organization Bhd” adalah BUKAN Agensi dibawah MITI.

Kami dimaklumkan bahawa “The Malaysian Trade and Industry Organization Bhd” telah mendakwa organisasi mereka sebagai sebahagian daripada Agensi dibawah MITI dan telah melaksanakan proses temuduga pengambilan pekerja.

Senarai Agensi dibawah MITI boleh didapati di dalam laman Portal MITI pada www.miti.gov.my.

Sehubungan dengan perkara di atas, pihak umum disarankan untuk lebih berhati-hati dalam berinteraksi dengan pihak entiti perniagaan. Sila hubungi kami bagi mengesahkan segala hal pengiklanan atau sebarang hal berkaitan MITI.

Pihak MITI boleh dihubungi menerusi emel atau laman sosial rasmi Facebook atau laman sosial rasmi Twitter.