Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) iaitu sebuah Agensi Latihan Keusahawanan dibawahnya tidak pernah melantik mana-mana syarikat pada tahun 2013 dan 2014 untuk mengurus dan mengendalikan sebarang kursus atau klinik keusahawanan bagi pihaknya dengan mengenakan kadar bayaran yuran tertentu.
MITI juga dengan ini menafikan bahawa pernah menawarkan Skim Bantuan Modal Tanpa Bayaran Balik kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan selepas menghadiri kursus/klinik keusahawan yang dianjurkan oleh syarikat. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran kursus/klinik keusahawanan berkenaan kerana ianya merupakan satu sindiket penipuan secara terancang untuk mengaut keuntungan peribadi dan menipu rakyat.
Last Updated 2015-05-14 12:01:07 by admin2