Malaysia dan Pakistan telah menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Pakistan (Malaysia-Pakistan Closer Economic Partnership Agreement - MPCEPA) pada 8 November 2007. MPCEPA mula dilaksanakan pada 1 January 2008 .
MPCEPA merangkumi liberalisasi dalam perdagangan barangan dan perkhidmatan, pelaburan, serta kerjasama teknikal dan bina upaya duahala dalam bidang seperti langkah-langkah sanitari dan faitosanitari, perlindungan harta intelek, pembinaan, pelancongan, kesihatan dan telekomunikasi.
Teks perjanjian boleh dimuat turun dengan menggunakan pautan berikut: MPCEPA Agreement
PERDAGANGAN BARANGAN
Di bawah MPCEPA, Malaysia dan Pakistan akan mengurangkan atau menghapuskan tarif ke atas barangan industri dan pertanian secara progresif. Komitmen setiap negara dinyatakan dalam Jadual Komitmen.
Sekiranya anda mengeksport ke Pakistan, sila klik pautan berikut:
Pakistan - Schedule of Tariff Commitments
Sekiranya anda mengimport dari Pakistan, sila klik pautan berikut:
Malaysia - Schedule of Tariff Commitments
Bagaimana produk anda dapat menikmati Duti Keutamaan
Bagi menikmati duti keutamaan , produk anda perlu memenuhi peraturan tempasal dibawah MPCEPA dimana produk tersebut perlu memenuhi kriteria 40% Qualifying Value Content atau perubahan dalam klasifikasi tarif ( Change in Tariff Classification ). Peraturan Tempasal boleh dimuat turun dengan menggunakan pautan berikut.
List of Products under the Product Specific Rules
Pengeksport juga perlu mendapatkan sijil tempasal ( certificate of origin – COO). Prosidur untuk mendapatkan sijil tempasal boleh dilihat dengan menggunakan pautan berikut:
Procedure and Verification (Appendix on COO)
Contoh Sijil Tempasal ( Certificate of Origin - COO) – Form MPCEPA
PERKHIDMATAN
MJEPA merupakan perjanjian komprehensif dan meliputi liberalisasi Perdagangan Perkhidmatan. Pakistan telah menawarkan ekuiti asing maksima sebanyak 60% bagi semua sektor termasuk tiada had dikenakan kepada bilangan rakyat Malaysia bagi setiap organisasi. Sektor berkepentingan kepada Malaysia adalah perkhidmatan profesional, pembinaan dan perkhidmatan berkaitan kejuruteraan, pendidikan dan telekomunikasi.
Bagi pembekal perkhidmatan Malaysia
Pakistan's Schedules of Specific Services Commitments
Bagi pembekal perkhidmatan Pakistan
Malaysia's Schedules of Specific Services Commitments
PELABURAN
MPCEPA menyediakan satu rangka kerja bagi memperluaskan dan mempermudahkan pelaburan cross-border antara kedua-dua negara, menerusi komitmen dalam bentuk layanan nasional, layanan MFN dan peningkatan perlindungan bagi pelabur dan pelaburan mereka. Walaupun kedua-dua negara mengiktiraf keperluan pembangunan setiap pihak, Perjanjian ini membenarkan fleksibiliti dalam penyenaraian komitmen.
KERJASAMA EKONOMI DAN PROGRAM
Malaysia dan Pakistan bersetuju melaksanakan kerjasama dalam beberapa bidang termasuk Pelancongan, Kesihatan, Pembinaan dan Telekomunikasi.
HUBUNGI KAMI
MITI mengalu-alukan maklumbalas, cadangan dan pandangan daripada semua pihak. Input tersebut boleh dikemukakan kepada:
Pegawai |
: |
Ms. Siti Arfah Kamaruzaman |
Tel |
: |
603-6200 0321 |
Fax |
: |
603-6201 7784 |
E-mel |
: |
sitiarfah@miti.gov.my/allfta@miti.gov.my |
Last Updated 2015-05-14 11:59:20 by admin2