Latar Belakang
Kerjasama yang terjalin antara ASEAN dan China telah dipertingkatkan dengan termetrainya Perjanjian Rangka Kerja terhadap Kerjasama Ekonomi secara Komprehensif oleh Ketua Negara China dan ASEAN pada November 2002 di Phnom Penh , Kemboja.
Perjanjian Rangka Kerja tersebut yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2003 merupakan perjanjian utama bagi pembentukan Kawasan Bebas Perdagangan Bebas ASEAN – China (ACFTA). Dalam jangka masa 10 tahun, perjanjian tersebut mensasarkan untuk:
- menghapuskan kadar tariff dan bukan tariff secara progresif;
- meliberalisasikan perdagangan dalam perkhidmatan dan pelaburan secara progresif;
- memperkukuhkan kaedah kemudahan perdagangan; dan
- mengadakan kerjasama ekonomi untuk kepentingan bersama.
Protokol Pertama untuk Mengubahsuai RangkaKerja Perjanjian (6 Oktober 2003) |
: |
Melaksanakan Early Harvest Programme (EHP) , penurunan kadar tarif awal untuk produk pertanian yang tidak diproses dan barangan perkilangan terpilih. Menetapkan Rules of Origin , serta keperluan produk untuk menikmati kadar penurunan tarif.
|
Protokol Kedua untuk Mengubahsuai RangkaKerja Perjanjian (8 Disember 2006) |
: |
Untuk mengusahakan produk-produk yang ditawarkan oleh Negara-negara ASEAN dalam EHP, yang masih belum muktamad. |
Perjanjian Perdagangan untuk Barangan (29 November 2004) |
: |
Melaksanakan dan menurunkan komitmen kadar tariff untuk semua produk (selain dari EHP) bermula pada 1 Julai 2005.
|
Protokol Pertama untuk Mengubahsuai Perdagangan Barangan (8 Disember 2006)
|
: |
Membaikpulih prosedur pelaksanaan dalam Perjanjian Perdagangan Barangan. Melibatkan Product Specific Rules untuk memudahkan produk mematuhi Rules of Origin sekaligus menikmati kadar penurunan tarif. |
Perjanjian Perselisihan Pertelingkahan (29 November 2004) |
: |
Menyediakan mekanisma untuk kedua-dua pihak dalam menyelesaikan segala pertelingkahan yang timbul dalam proses pelaksanaan Perjanjian ACFTA .
|
Perjanjian Perdagangan Dalam Perkhidmatan (14 Januari 2007) |
: |
Melaksanakan dan meliberalisasikan Pakej Pertama Perkhidmatan oleh ASEAN dan China. |
Early Harvest Programme (EHP)
-
Kadar tariff telah dikurangkan mulai dari 1 Januari 2004 oleh enam Negara asal ASEAN (ASEAN-6) dan China . Duti dihapuskan pada 1 Januari 2006.
-
Produk Malaysia di bawah EHP:
- 503 produk agrikultur belum proses
- 87 produk perkilangan spesifik seperti kopi, minyak haiwan dan sayuran, koko, bahan mineral (arang), sabun, asid sitrik, bahan getah dan bahan kaca untuk Cathode-Ray Tube (CRT ).
Perdagangan Barangan
Trek Normal
-
Pelaksanaan liberalisasi tarif untuk semua produk (selain daripada EHP) telah bermula pada 1 Julai 2005 dan akan dijalankan dalam empat peringkat iaitu 2005, 2007, 2009 dan 2010.
-
ASEAN-6 dan China diwajibkan untuk menurunkan kadar tarif sebanyak 0 hingga 5% terhadap 40% dari produk mereka pada 2005 dan 60% pada 2007.
-
Jangka masa untuk menghapuskan kadar tarif dipanjangkan sehingga tahun 2012. Tidak lebih dari 150 kadar tarif di Malaysia termasuklah :
- polyethylene, polypropylene and polystyrene
- tayar dan tiub getah
- tekstil dan fabric
- kasut
- produk seramik
- bahan dari besi
- barangan elektrik
Trek Sensitif
-
Produk yang termasuk dalam Sensitive Track terbahagi kepada dua iaitu Senarai Sensitif ( Sensitive List ) dan Senarai Sangat Sensitif ( Highly Sensitive List )
-
Duti untuk Senarai Sensitif akan dikurangkan kepada 20% sehingga 2012 dan 0 ke 5% sehingga 2018.
-
Duti untuk Senarai Sangat Sensitif akan dikurangkan sebanyak 50% sehingga tahun 2015. Tiada tambahan komitmen pemotongan tarif.
-
Malaysia mempunyai senarai 361 produk dalam Sensitive Track , yang mana 265 dalam Senarai Sensitif dan 96 dalam Senarai Sangat Sensitif.. Produk-produk tersebut termasuk :
- Bahan Agrikultur belum proses
- Produk tembakau
- Papan Lapis
- Seramik dan kaca
- Bahan besi ; dan
- Produk automotif
Syarat Tempasal (ROO)
-
Proses menambahbaik telah dibuat secara berterusan ke atas Syarat Tempasal (ROO) dan Operational Certification Procedures (OCP) untuk memudahkan peraturan, serta prosedur perdagangan di bawah ACFTA.
-
ASEAN dan China juga melaksanakan Product Specific Rules (PSR ) seperti :
- Tekstil dan Pakaian
- Produk plastic
- Kasut
- Barangan besi waja
- Produk ikan yang diawet dan ditinkan
- Minyak Sawit dan Ais Krim dan ;
- Produk barangan kemas
-
Dengan pelaksanaan PSR, para pengeksport dan pengilang ASEAN dan China lebih fleksibel dalam memilih peraturan yang lebih mudah dan sesuai yang dapat memenuhi kriteria-kriteria origin produk : Contohnya , memilih sama ada 40% Regional Value Content (RVC) atau PSR untuk menikmati kadar cukai utama ACFTA.
- Untuk para pengeksport Malaysia membuat tuntutan tarif yang ditawarkan oleh China di bawah ACFTA, mestilah mendapatkan Certificates of Origin (Borang E) dari MITI.
Perdagangan Perkhidmatan
-
Perjanjian ASEAN – Perkhidmatan China telah ditandatangani pada 14 Januari 2007. Pakej pertama komitmen liberalisasi telah dilaksanakan pada 1 Julai 2007.
-
Perjanjian tersebut tidak merangkumi liberalisasi perkhidmatan bagi perolehan kerajaan dan perkhidmatan berkaitan kerajaan.
-
Rundingan bagi pakej kedua komitmen liberalisasi adalah secara berterusan dan dijangka siap 1 Julai 2008.
-
Komitmen liberalisasi Malaysia di bawah Pakej Pertama termasuklah sektor :
- senibina
- kejuruteraan
- telekomunikasi
- perkhidmatan kewangan
- pendidikan
- kesihatan dan;
- pelancongan.
-
Sektor-sektor yang termasuk di bawah Pakej Pertama yang ditawarkan oleh China seperti :
- komputer dan perkhidmatan berkaitan
- perkhidmatan perundingan pengurusan
- pembinaan
- perkhidmatan alam sekitar
- perkhidmatan rekreasi dan;
- perkhidmatan pengangkutan
Pelaburan
- ASEAN dan China akan terus mempertimbangkan tentang isu utama Perjanjian Pelaburan, secara tepatnya mengenai perlindungan pelaburan.
Rundingan tersebut dijangka selesai pada akhir tahun 2008.
Untuk sebarang maklumat berkenaan (ACFTA) termasuk Perjanjian berkaitan dan senarai produk untuk konsesi tarif yang ditawarkan oleh Malaysia dan China . Click on ASEAN-China Free Trade Area (ACFTA).
Borang-borang berkaitan untuk mengeksport ke China yang menggunakan penyusunan ACFTA boleh dimuat turun di ACFTA Forms .
Perdagangan di bawah Penyusunan ACFTA
Eksport Malaysia ke China
2004: RM 514.1 juta (hanya EHP)
2005 : RM 1,037.2 juta
2006 : RM 3,831.7 juta
2007 : RM
Import Malaysia ke China
2004 : Tiada import
2005 : RM 25.9 juta
2006 : RM 69.4 juta (Jan-Jun)
Faedah-faedah
-
Penubuhan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di antara ASEAN dan China akan membentuk rantau ekonomi sebanyak 1.7 juta pengguna, anggaran Keluaran Negara Kasar (KNK) US$ 2 trillion dan anggaran jumlah dagangan US$ 1.23 trillion. Ia merupakan Perjanjian Perdagangan Bebas yang terbesar di antara Negara-negara membangun yang lain.
-
Dengan jumlah populasi 1.2 billion, kadar peluang dalam pasaran melalui perdagangan-perdagangan utama akan meningkat.
-
Dengan pelepasan cukai, dagangan di antara ASEAN dan China sekaligus akan mengurangkan kos, meningkatkan dagangan serantau dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik.
- Perjanjian Perdagangan Barangan dalam Perjanjian Rangka Kerja untuk Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara ASEAN dan China.
- Senarai produk yang ditawarkan pengurangan tarif bermula 20 Julai 2005.
- Senarai produk untuk ‘ Sensitive Track'
- ‘Product Specific Rules' di bawah ASEAN – Perdagangan Bebas Kawasan China
- Rundingan ASEAN dalam menyelesaikan Isu Perdagangan Pelaburan (ACT)
- Perjanjian Rangka Kerja untuk Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara ASEAN dan ‘ People's Republic of China '.
- Protokol untuk mengubahsuai Perjanjian Rangka Kerja.
- Perjanjian Mekanisme Penyelesaian Pertelingkahan dalam Perjanjian Rangka Kerja terhadap Kerjasama Ekonomi Komprehensif di antara ASEAN dan China.
List of products listed under the Sensitive Track
ASEAN Consultation to Solve Trade and Investment Issues (ACT)
Product Specific Rules under the ASEAN-China Free Trade Area
Last Updated 2015-05-14 11:59:06 by admin2