KUALA LUMPUR, 26 Mac - Malaysia amat yakin perdagangan dua halanya dengan India akan mencecah AS$15 bilion (RM46.5 bilion) tahun ini, dirangsang oleh pertumbuhan ekonomi yang kukuh dicatatkan oleh kedua-dua negara.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria berkata, Malaysia dan India sentiasa berusaha keras untuk merancakkan perdagangan dan perkhidmatan dua hala.
Tahun lepas, perdagangan dua hala Malaysia-India berjumlah AS$13.3 bilion (RM41.2 bilion).
“Dengan pemeteraian Perjanjian Kerjasama Komprehensif Malaysia-India (CECA), pertumbuhan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara berjalan lancar.
“Penglibatan yang semakin giat antara sektor-sektor persendirian kedua-dua negara turut menyumbang secara signifikan kepada perdagangan dan pelaburan itu,” kata beliau kepada pemberita di luar acara Persidangan Majlis Perniagaan Malaysia-India (MIBC) 2013.
Dagangan dua hala Malaysia-India cecah RM46b
No commnents yet