Kementerian Perdagangan Anatarabangsa & Industri (MITI) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu akan menganjurkan Karnival Usahawan Besut 2011 pada 13 dan 14 Mei 2011 bertempat di Medan Selera Kanopi, Jerteh, Terengganu mulai jam 9.00 pagi – 10.00 malam bagi hari Jumaat manakala 10.00 pagi hingga 10.00 malam bagi hari Sabtu.
Karnival Usahawan Besut Terengganu 2011 ini diadakan bertujuan untuk:
Membantu mewujud dan meningkatkan ekonomi usahawan di daerah tersebut;
Membincangkan isu-isu setempat dengan usahawan dan mengambil tindakan terhadap isu-isu tersebut;
Memberi peluang kepada usahawan untuk menyuarakan pendapat dan masalah yang dihadapi;
Menyebarkan maklumat mengenai bantuan yang diberikan oleh MITI; dan
Meneruskan tradisi pemimpin terdahulu yang turun padang untuk bertemu dengan rakyat.
Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sepanjang dua (2) hari karnival berlangsung seperti:
Kursus Hands-On
Sesi Kursus I
Sesi Kursus IIPertandingan:
Mewarna...
Read MoreTag Archives: Karnival
June 24, 2015 , by admin2
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Pejabat Daerah Besut telah menganjurkan Karnival Usahawan Besut 2011 di Bandar Jerteh, Terengganu pada 13 Mei 2011. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Karnival ini bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan dalam meningkatkan keupayaan melalui perkongsian pengalaman, kerjasama perniagaan dan interaksi di antara usahawan dalam konteks 1Malaysia. Objektif program ini diadakan adalah bagi:
- Membantu meningkatkan pendapatan usahawan;
- Membincangkan isu-isu setempat dengan penduduk dan mengambil tindakan terhadap isu-isu tersebut;
- Memberi peluang kepada penduduk daripada pelbagai latarbelakang untuk menyuarakan pendapat dan memohon keperluan untuk kawasan;
- Menyebarkan maklumat mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh MITI; dan
- Meneruskan tradisi pemimpin yang sering turun padang untuk bertemu...
June 12, 2015 , by admin2
KOTA BHARU 7 April – Karnival Pendidikan Tinggi Negara, Jom Masuk IPT (KPTN 2015) bagi zon Kelantan berjaya mencapai sasaran apabila lebih 80,000 pengunjung hadir pada program yang berlangsung pada 28 dan 29 Mac lalu.
Karnival yang diadakan di pekarangan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong di sini mendapat sambutan yang menggalakkan terutama daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Datuk Dr. Mortaza Mohamed berkata, karnival berkenaan bertujuan memberi peluang kepada semua universiti awam dan swasta mempromosi serta menyebarkan maklumat mengenai program pengajian sedia ada serta program baharu yang akan ditawarkan bagi sidang akademik 2015/2016.
Beliau berkata, sebanyak 130 tapak pameran disediakan kepada pengunjung pada karnival tersebut.
“Ini adalah salah satu usaha Kementerian Pendidikan untuk membuka peluang kepada pelajar bagi memilih program...
Read More