MITI mensasarkan seramai 20 pengeksport Bumiputera dilahirkan setiap tahun menerusi program GroomBig. Pada masa ini, seramai 1,040 usahawan GroomBig sedang dibimbing oleh MITI. GroomBig atau Program Peningkatan Kualiti Produk dan Perkhidmatan ini telah diberi nafas baru dengan lebih banyak program peringkat lebih tinggi diatur untuk membantu usahawan yang dikenal pasti memasuki pasaran eksport.
Sebahagian barangan dihasilkan sudah memasuki pasaran luar negara menerusi kerjasama yang dijalinkan bersama beberapa syarikat perdagangan dan pemasaran di seluruh dunia. Antara syarikat rakan perdagangan MITI termasuk yang berada di Filipina, Dubai, Ireland, Vietnam, Kemboja, dan Britain. Melalui kerjasama strategik ini, barangan usahawan yang dibimbing melalui program GroomBig ini mampu menembusi pasaran negara berkenaan.
Usahawan-usahawan GroomBig akan diberi pendedahan dari segi kemudahan khidmat nasihat, kursus dan khidmat rundingan perniagaan dalam pelbagai...
Read MoreTag Archives: Showcase Groom Big
June 25, 2015 , by admin2
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menganjurkan Showcase Groom Zon Selatan 2010 dengan kerjasama SIRIM Berhad.
Majlis perasmian Showcase Groom Big, Zon Selatan 2010 akan disempurnakan oleh Y.B Dato’ Muhkriz Tun Mahathir,Timbalan Menteri (Perdagangan) Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 7 November 2010, jam 12.00 tengahari. Antara program yang akan diaadakan termasuklah: • Pameran produk sebelum dan selepas menyertai Program Groom Big • Ceramah dan taklimat keusahawanan oleh para penceramah profesional yang dijemput. • Padanan perniagaan (business matching) • Klinik usahawan yang menyediakan khidmat nasihat (trade advisory services) secara percuma berkaitan program/kemudahan/insentif yang ditawarkan kepada usahawan PKS daripada MITI serta agensi MITI • Lawatan ke premis-premis usahawan oleh VIP • Booth jualan oleh usahawan Groom Big • Aktiviti tarikan pengunjung – persembahan kebudayaan, demonstrasi produk,... Read MoreJune 25, 2015 , by admin2
Program Peningkatan Kualiti Produk dan Perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai Program Groom Big bertujuan melahirkan usahawan-usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berdaya saing di peringkat di peringkat domestik dan global bagi mempertingkatkan kedudukan sesebuah syarikat dari peringkat Mikro, Kecil hingga ke Sederhana yang bersedia untuk mengeksport produk-produk dan perkhidmatan ke peringkat global.
Showcase Groom Big 1Malaysia Negeri Perak merupakan kesinambungan kepada Program Groom Big bagi megukuhkan segmen keusahawanan di Negeri Perak, agar berdaya saing dalam sektor - sektor utama ekonomi negara. Ianya juga bertujuan:
• mempromosikan produk usahawan - usahawan di Negeri Perak
• mencipta eksport - eksport baru
• mewujudkan jaringan usahawan,
• mengetengahkan budaya dan konsep business matching, handholding dan konsultasi perdagangan.
Showcase Groom Big Negeri Perak akan dianjurkan seperti butiran berikut:
Tarikh : 05– 07 November...
Read MoreJune 24, 2015 , by admin2
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC) telah menganjurkan Program I’m Setpada 24 Mei 2011 bertempat di Dewan Serbaguna, Menara Usahawan, MITI Putrajaya. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Abdul Ghafar Musa, Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Keusahawanan (BPU), MITI.
Objektif program ini adalah untuk melahirkan perunding perniagaan yang terdiri daripada kalangan graduan yang akan memberikan perkhidmatan Book Keepingkepada 600 usahawan mikro dan kecil bumiputera selama setahun. Program I’m Set ini dikhususkan kepada para usahawan daripada program MITI seperti usahawan daripada Program Groom Big, Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Program Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan (4PU) serta usahawan dari Persatuan/ Dewan Perniagaan.
Seramai 300 orang usahawan bumiputera telah menghadiri majlis ini. Di samping itu, MITI juga telah berkerjasama dengan Iskandar Malaysia...
Read More