MISI pelaburan dan perdagangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ke Bangladesh dan India selama enam hari bermula hari ini, bakal mengukuhkan lagi hubungan erat antara Malaysia, Bangladesh dan India.
Misi kali ini tertumpu kepada sektor-sektor atau peluang-peluang baharu yang boleh diterokai oleh pelabur Malaysia di negara terbabit, selain usaha menarik khususnya syarikat-syarikat India melabur atau menanam modal di Malaysia.
Bagi Malaysia, India dengan penduduk seramai 1.22 bilion orang pada tahun 2013, dan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) sebanyak AS$1.758 trilion (RM6.261 trilion) serta perkapita AS$4,000 (RM14,246), merupakan rakan dagang yang penting. Sejak tahun 1998, India merupakan pasaran eksport terbesar negara di rantau Asia Selatan.
India juga merupakan rakan dagangan ke-10 terbesar Malaysia, destinasi eksport ke-10 terbesar dan sumber import ke-12 terbesar.
Pada 2013, jumlah dagangan antara Malaysia-India bernilai AS$13.38...
Read More