KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) β Malaysia akan memperhebat penerokaan pasaran Turki susulan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turki (MTFTA) yang dimeterai pada Sabtu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata Malaysia akan mempromosikan pelaburan dan perkhidmatan di Turki, selain perdagangan.
βIa pengubah permainan dan satu cara yang wajar dilakukan, terutamanya apabila mengambil kira Malaysia mempunyai pelaburan bernilai US$2 bilion (US$1 =RM3.85) di Turki.
β(Pelaburan) Kita agak besar di Turki menerusi Khazanah Nasional Bhd dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB),β katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu di pejabatnya, di sini hari ini.
Khazanah Nasional memegang 75 peratus kepentingan dalam rangkaian hospital terbesar Turki manakala MAHB mengambil alih operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul dan LGM Havalimani Isletmeleri...
Read More