Taklimat oleh Pengarah Kanan Bahagian Dasar dan Strategi, MITI
Sebahagian daripada peserta lawatan
Sesi soal-jawab
MITI telah menerima kunjungan rombongan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Jeli yang diketuai oleh Encik Abdul Razak pada 19 Februari 2010. Mereka telah disambut oleh Setiausaha Sulit Kanan YB Menteri, YBhg. Dato’ Mohamad Irwan Mansor. Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Kanan, Bahagian Dasar dan Strategi MITI, Encik Zulkafli Abdul Karim diikuti dengan sesi soal-jawab. YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed sempat meluangkan masa sebentar beramah mesra dengan ahli rombongan dan ternyata mereka gembira dengan sambutan dan penerangan yang diberi oleh MITI.
Read More