Dato’ Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Menteri MITI telah melancarkan ‘1Malaysia Young Entrepreneurs Challenge (1MYEC)’ pada 28 Mac 2011. Program 1MYEC anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), bertujuan untuk membudayakan keusahawanan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi serta menggalakkan penyertaan mahasiswa dalam program keusahawanan.
Timbalan Menteri MITI telah mengumumkan syarat dan terma baru bagi Tabung Usahawan Siswazah (TUS) yang diuruskan oleh SME Bank di mana pemohon diwajibkan mengikuti Latihan Asas Keusahawanan anjuran INSKEN. Syarat baru ini bertujuan untuk menarik minat usahawan muda menceburi bidang perniagaan.
Di antara syarat-syarat baru TUS adalah:
i. jumlah pembiayaan maksimum projek telah dinaikkan dari RM250,000 kepada RM500,000. Walau bagaimanapun, bagi projek pengambilalihan syarikat, jumlah pembiayaan adalah sehingga RM750,000;
ii. tempoh pernafasan dipanjangkan sehingga 48 bulan berbanding 24 bulan sebelumnya;
iii. tempoh pembiayaan untuk...
Read More