Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC) telah menganjurkan Program I’m Setpada 24 Mei 2011 bertempat di Dewan Serbaguna, Menara Usahawan, MITI Putrajaya. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Abdul Ghafar Musa, Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Keusahawanan (BPU), MITI.
Objektif program ini adalah untuk melahirkan perunding perniagaan yang terdiri daripada kalangan graduan yang akan memberikan perkhidmatan Book Keepingkepada 600 usahawan mikro dan kecil bumiputera selama setahun. Program I’m Set ini dikhususkan kepada para usahawan daripada program MITI seperti usahawan daripada Program Groom Big, Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Program Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan (4PU) serta usahawan dari Persatuan/ Dewan Perniagaan.
Seramai 300 orang usahawan bumiputera telah menghadiri majlis ini. Di samping itu, MITI juga telah berkerjasama dengan Iskandar Malaysia (IRDA) untuk mengadakan taklimat Program I’m Set kepada para usahawan di Johor pada 29 April 2011. Turut hadir di majlis berkenaan adalah Ketua Eksekutif IRDA, YBrs Tuan Haji Ismail Ibrahim.
MITI Weekly Bulletin Vol.144, 31 May 2011