“ Malaysia Berada di Landasan Yang Tepat “
Laporan World Competitiveness Yearbook (WCY) diterbitkan oleh World Competitiveness Center (WCC) of the Institute for Management Development (IMD) yang bertempat di Lausanne, Switzerland meletakkan Malaysia di kedudukan ke-12 di kalangan 60 ekonomi.

1) Kejayaan ini bukan dapat dicapai dengan mudah. Ini ialah hasil kerjasama semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan program transformasi negara. Malaysia berada di tangga ke-15 tahun lepas. Peningkatan ini membuktikan kesinambungan usaha transformasi kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, walaupun mendepani persekitaran politik yang mencabar.
2) Laporan ini terbahagi kepada 4 faktor: Prestasi Ekonomi, Kecekapan Kerajaan, Kecekapan Perniagaan dan Infrastruktur.
3) Dalam sub-faktor Ekonomi Domestik di bawah Faktor Prestasi Ekonomi bagi indikator “Daya Tahan Ekonomi kepada Kitaran adalah kukuh”, Malaysia berada di kedudukan ke-2 di kalangan 60 negara yang dinilai. Pencapaian ini menggambarkan peluang pekerjaan meningkat dan persekitaran ekonomi setempat yang positif. Ini dibuktikan juga dengan peningkatan kepercayaan pelabur terhadap kerajaan. Peningkatan pelaburan masuk menyaksikan Malaysia naik 10 anak tangga ke tempat ke-11 dari kedudukan ke-21 pada tahun lepas. Pencapaian ini dilihat lebih bermakna ketika dunia berdepan persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.
[41]
4) Kerajaan menyedari kegelisahan rakyat dalam peningkatan kos sara hidup ekoran rasionalisasi subsidi dan faktor-faktor lain. Namun, laporan IMD menunjukkan berbanding 60 negara lain, Malaysia naik 6 anak tangga dalam Indeks Kos Sara Hidup (ke-16). Harga bahan api (gasolin-RON 95) pula kekal di tangga ke-4 antara 60 negara lain. Kadar sewa rumah dan pejabat masih di tahap yang kompetitif. Ini bermaksud bahawa Malaysia antara 3 negara yang kompetitif dalam sub-faktor Harga berbanding negara-negara lain di dunia yang turut mengalami masalah peningkatan kos sara hidup.
Indikator yang Meningkat Dengan Ketara: Prestasi Ekonomi
[53]
5) Dalam faktor Kecekapan Kerajaan, sungguhpun Malaysia mengekalkan kedudukan keseluruhan di tangga ke-15. Bagi indikator “pembiayaan pencen telah ditangani secara mencukupi untuk masa hadapan”, Malaysia berada di kedudukan pertama, jelas membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat dalam pengurusan harta atau pusaka, pelan persaraan dan insurans terjaga. Malaysia juga menunjukkan peningkatan mendadak (30 anak tangga) dalam “kestabilan kadar pertukaran mata wang asing” (tangga ke-6 berbanding di kedudukan ke- 36 pada tahun lepas). Kestabilan ini mendorong memudahkan perancangan dan perundingan perniagaan serta pelaburan.
Kecekapan Kerajaan
[62]
6) Malaysia juga menduduki tangga pertama dalam indikator pelaburan dalam sektor telekomunikasi. Ini menunjukkan negara kekal kompetitif dalam menyediakan infrastruktur telekomunikasi untuk rakyat.
Indikator yag Meningkat:Infrastruktur
[71]
7) Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di bawah MITI dipertanggungjawabkan bagi menyelaras usaha pengumpulan dan pengesahan data untuk World Competitiveness Center (WCC) of the Institute for Management Development (IMD), Lausanne, Switzerland. Antara ahli-ahli Inter-Agency Planning Group (IAPG) yang menyumbang kepada data yang dikumpulkan ialah Bank Negara, Jabatan Statistik Malaysia, Kementerian Kewangan, Bursa Malaysia, EPF dan lain-lain. IMD turut membuat pengesahan dan rujukan kepada data IMF, UNESCO dan Bank Dunia. Komitmen kerajaan dalam pembangunan negara dan memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar terus mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed
Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri