Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menggesa syarikat agar mengguna pakai Standard Pengurusan Tenaga bagi meningkatkan produktiviti.
Beliau berkata, kecekapan tenaga yang bertambah baik akan membawa kepada penjimatan kos ketara dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.
Mustapa berkata, Malaysia amat menyedari cabaran yang dihadapi industri dalam menggerakkan matlamat ini termasuk kurang kesedaran tentang teknik kecekapan tenaga dan kekurangan kakitangan industri terlatih.
Unido iktiraf 15 syarikat
“Organisasi Pembangunan Perindustrian Bangsa-Bangsa Bersatu (Unido) mengiktiraf 15 syarikat tempatan yang berupaya menyediakan perundingan pengurusan tenaga,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka Kecekapan Tenaga Perindustrian di Kuala Lumpur, semalam.
Acara itu dianjurkan oleh Unido secara kerjasama dengan MITI dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Katanya, dengan sistem pengurusan yang sempurna, syarikat boleh mengurangkan 30 peratus penggunaan tenaga dan juga kos perniagaan mereka.
Terdahulu dalam ucapannya, Mustapa berkata, penambahbaikan kecekapan tenaga dalam sektor pembuatan adalah penting memandangkan peningkatan kos perniagaan akibat daripada tarif utiliti tinggi.
Kerajaan terus sedia bantuan
“Kita tidak lagi berupaya bergantung kepada bekalan air, elektrik atau gas yang banyak.
“Meskipun Kerajaan Malaysia akan terus menyediakan bantuan kepada industri dalam menggalakkan agenda kecekapan tenaga,industri itu sendiri perlu lebih bijak dalam menggerakkan agenda ini,” katanya.
Sementara itu, mengenai Pegawai MITI Sofuan Ibrahim, yang menaiki penerbangan MH370, Mustapa berkata, kementeriannya sudah melantik seorang pegawai yang sentiasa berhubung dengan anggota keluarganya.
“Saya menghubungi keluarga beliau pagi ini. MITI telah melantik seorang pegawai untuk berhubung dengan keluarganya dan mereka akan memaklumkan kepada saya tidak lama lagi,” katanya. BERNAMA