KEMAMAN 17 Feb. - Malaysia tidak bergantung kepada pelabur luar semata-mata tetapi juga pelabur tempatan bagi mempertingkatkan nilai pelaburan dalam negara.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan memberi penekanan yang sama agar kedua-dua pelabur asing dan tempatan terus melabur di negara ini.
Menurut beliau, nilai pelaburan negara akan dapat dipertingkatkan lagi apabila negara mampu mengekalkan momentum pertumbuhan tahun lepas dan dengan keadaan ekonomi yang kukuh.
“Malaysia menerima pelaburan tertinggi dalam sejarah negara dengan mencatat kira-kira RM38.7 bilion sepanjang tahun lepas melalui keyakinan yang terus diperlihatkan oleh pelabur asing dan tempatan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi Kompleks Petronas di sini petang semalam dalam rangka Program Turun Padang ke Terengganu.
Pada 13 Februari lalu, Mustapa mengumumkan kejayaan negara mencatat pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM38.8 bilion sepanjang tahun 2013, peningkatan 24 peratus berbanding RM31.1 bilion yang dicapai pada 2012.
Terdahulu, beliau mengadakan perbincangan dengan para peneraju anak-anak syarikat Petronas di Kelab Golf Rantau Petronas. Yang turut hadir Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah.
Katanya, pelabur asing membawa teknologi yang lebih canggih untuk diketengah di negara ini terutama dalam bidang perkhidmatan dan teknologi tinggi.
Katanya, ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan tenaga mahir seperti di bidang teknologi maklumat manakala pelabur tempatan pula lebih menceburi bidang seperti hartanah, pembinaan, perladangan dan pelancongan.
Sementara itu, Mustapa berharap kerjasama lebih rapat dijalinkan antara Petronas, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan kementeriannya untuk mengembangkan lagi industri petrokimia di negara ini.