Institut Automotif Malaysia (MAI) bekerjasama dengan Total Auto Parts Solution Sdn Bhd untuk melaksanakan sistem perdagangan elektronik bagi segmen alat ganti terpakai industri automotif yang dikenali sebagai TAPS.
Ketua Eksekutif MAI, Mohamad Madani Sahari, berkata sistem TAPS adalah inisiatif berpandukan pelanggan yang akan menjadi antara aspek penting Dasar Automotif Negara 3.0 (NAP 3.0) membabitkan pasaran komponen keselamatan alat ganti kenderaan.
Ujian perintis November
“Sistem itu kini dalam peringkat akhir dengan ujian perintisnya pada November ini. Kami menjangkakan versi penuh sistem ini akan bermula sepenuhnya pada Januari tahun depan,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk tujuan itu di Cyberjaya, semalam.
Pada majlis itu, Mohamad Madani mewakili MAI, manakala Total Auto Parts Solution oleh Pengarahnya, Desmond Soh.
Mohamad Madani berkata, projek perintis menggunakan sistem TAPS itu menawarkan pasaran yang menyeluruh secara dalam talian dan pada masa sebenar yang membolehkan pengguna memeriksa, memilih dan membeli alat ganti kenderaan yang menepati standard yang ditetapkan di dalam negara atau antarabangsa.
Alat ganti berkualiti
“Antara ciri-ciri unik sistem TAPS ialah pengguna akan ditawarkan peluang untuk mendapatkan alat ganti terpakai berkualiti dan lengkap dengan jaminan,” katanya.
Beliau menegaskan, sistem TAPS itu juga adalah bertepatan dengan arahan kerajaan untuk meningkatkan proses perniagaan dan amalan baik dalam sektor selepas pasaran industri automotif.
“Dengan adanya sistem ini juga akan meningkatkan keyakinan pengguna untuk menggunakan alat ganti yang dikilangkan semula menerusi inisiatif mesra alam sektor automotif di bawah NAP 3.0 yang disemak semula serta akan diumumkan oleh kerajaan tidak lama lagi,” katanya.
Mohamad Madani berkata, tahun depan pengguna boleh muat turun aplikasi sistem berkenaan untuk mendapatkan maklumat seperti lokasi untuk membeli alat ganti, harga yang ditawarkan serta jaminan disediakan.
Pusat rujukan
Peserta industri pula, katanya akan menjadikan sistem itu sebagai pusat rujukan bagi mendapatkan standard alat ganti yang diterima pakai oleh industri, sekali gus menjadikannya lebih berdaya saing dalam pasaran.
“Mereka akan melihat sistem itu untuk melakukan ujian bagi mendapatkan jaminan ke atas alat ganti yang akan dijual,” katanya.
Buat masa ini, kira-kira 5,000 pusat pemisahan peralatan automotif di seluruh negara yang mempunyai sehingga 5,000 pekerja dalam bidang berkenaan.