bahagian khusus untuk PKS, tetapi ia ada dalam TPPA, katanya ketika ditemui selepas pelancaran buku Carol Fungs Guide to Online Retailing di Kuala Lumpur semalam.Hadir sama ialah penulis buku itu, Carol Fung dan Presiden Gorgeous Geeks, Alecia Heng.
Rundingan masih berjalan
Hafsah berkata dalam TPPA, antara perkara yang menjadi tumpuan negara anggotanya termasuk Malaysia bagi PKS ialah dalam membina kapasiti komuniti perniagaan itu.
Beliau berkata, pembinaan kapasiti penting bagi memastikan PKS di rantau ini bersedia dengan sebarang cabaran apabila TPPA dilaksanakan kelak.
Hafsah juga yakin perunding Malaysia yang terbabit dalam TPPA mempunyai maklumat dan memahami kedudukan PKS di negara ini dan akan memastikan kepentingan komuniti berkenaan terjamin dalam rundingan itu.
Proses rundingan TPPA masih berjalan dan ia belum dimuktamadkan lagi. Kami akan pastikan kedudukan PKS tidak akan diketepikan dalam rundingan ini. katanya.
TPPA adalah inisiatif untuk membentuk sebuah kawasan perdagangan bebas dalam kalangan 12 negara yang mempunyai penduduk berjumlah 800 juta orang dengan gabungan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak AS$27.5 trilion.
Skop TPPA meliputi elemen tradisi FTA, di samping beberapa elemen baru termasuk persaingan, halangan teknikal pada perdagangan, buruh, alam sekitar, pemerolehan kerajaan dan harta intelek.
Tubuh kumpulan rundingan
Sebanyak 21 kumpulan rundingan ditubuhkan merangkumi akses pasaran, halangan teknikal pada perdagangan, pelaburan, pergerakan perniagaan dan membina kapasiti.
Sementara itu, buku Carol Fungs Guide to Online Retailing ialah buku keluaran ketiga dalam MPH Masterclass Series, yang menyaksikan pakar tempatan berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dalam bidang kepakaran masing-masing.
Buku itu disasarkan kepada pasaran Malaysia yang mengandungi nasihat praktikal daripada Fung mengenai bagaimana hendak menubuhkan perniagaan runcit secara dalam talian yang berjaya. Buku itu dijual pada harga RM35.90 senaskah.