KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Syarikat Jerman mengharapkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2015 sebagai visi ekonomi serantau yang bersepadu apabila ia terus meninjau peluang pelaburan di sini.
Duta Jerman ke Malaysia Holger Michael berkata syarikat Jerman menunjukkan minat yang semakin meningkat di ASEAN secara umumnya, dan Malaysia khususnya sejak ia mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN pada tahun ini.
Dalam ASEAN, Malaysia merupakan rakan dagang kedua terbesar Jerman dengan hubungan dua hala yang kukuh, katanya pada sidang media selepas menghadiri dialog antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC) di sini hari ini.
Sehingga Disember 2014, sebanyak 387 projek pembuatan bernilai RM26.8 bilion dari Jerman dilaksanakan di Malaysia, terutamanya dalam bidang elektrik dan elektronik, kimia dan produk kimia, produk petroleum, produk getah dan gas asli.
Pada 2014 sahaja, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sebanyak 13 projek pembuatan bernilai RM4.42 bilion dari Jerman diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
“Pada tahun ini, kami percaya tenaga boleh diperbaharui merupakan antara bidang yang boleh menarik syarikat Jerman untuk melabur,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif MGCC Alexander Stedtfeld berkata pelaburan daripada syarikat Jerman akan membawa kesan limpahan yang positif kepada ekonomi tempatan dan kumpulan tenaga kerja.
“Atas sebab-sebab kos, syarikat Jerman tidak akan mendirikan kemudahan pengeluaran sepenuhnya di sini, sebaliknya mereka akan bekerjasama dengan syarikat tempatan atau perusahaan kecil dan sederhana untuk menyokong perniagaan mereka.
“Kerjasama biasanya akan melibatkan pemindahan teknologi dan pengetahuan, dan ini akan membantu syarikat Malaysia untuk menjadi lebih kompetitif di rantau ini,” kata Stedtfeld.
Menurut kajian yang dijalankan ke atas ahli MGCC, 97.45 peratus daripada responden menilai ekonomi Malaysia sebagai memuaskan atau baik dan lebih daripada separuh menjangka perniagaan mereka akan berkembang dalam tempoh 12 bulan akan datang.