TOKYO 3 Julai - Populariti Malaysia sebagai hab halal mula mendapat suntikan baharu berikutan minat syarikat-syarikat Jepun menggunakan syarikat dari negara ini (Malaysia) sebagai platform untuk mengeksport produk-produk halal ke negara-negara Islam.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kekuatan rangkaian Malaysia dengan negara-negara Islam khasnya dari Asia Barat merupakan faktor utama menyumbang kepada minat tersebut.
”Syarikat-syarikat Jepun mengeksport produk halal khasnya dalam bidang makanan halal, farmaseutikal dan kosmetik setelah mereka mendapatkan pengiktirafan sijil halal dari Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai dari kementerian yang menyertai misi dagangan Malaysia ke Jepun yang berakhir hari ini, di sini.
Mustapa menjelaskan, kebanyakan syarikat-syarikat Jepun itu menggunakan kandungan dan ramuan yang mendapat pengiktirafan daripada Malaysia di dalam pemprosesan makanan dan sebagainya.
Antara syarikat Jepun yang menggunakan bahan dan ramuan halal Malaysia dalam produk mereka ialah Nanyang Trading Co. Ltd. (pes dan sos); Simpoh Co. Ltd. (produk makanan sejuk beku) dan Amino Chemical Co. Ltd. (bahan mentah makanan kesihatan dan kosmetik).
”Keadaan ini seiring dengan matlamat untuk mempelbagaikan pasaran kita khasnya dalam bidang halal,” katanya.
Mustapa dalam perkembangan lain berkata, jumlah dagangan Malaysia dengan Jepun bagi tempoh Januari hingga April tahun ini berjumlah RM45.23 bilion berbanding RM49.73 bilion tahun lalu iaitu penurunan sebanyak sembilan peratus.
Tambahnya, ini disebabkan penurunan jumlah eksport Malaysia ke Jepun sebanyak 7.8 peratus kepada RM26.66 bilion dan import sebanyak 10.8 peratus kepada 18.57 bilion.
Untuk rekod, dagangan Malaysia dengan Jepun pada 2012 berjumlah RM145.43 bilion penurunan sebanyak satu peratus berbanding 2011.