TOKYO 2 Julai - Malaysia mempelawa syarikat-syarikat Jepun untuk melabur dalam sektor teknologi hijau di negara ini ekoran penyediaan insentif kerajaan kepada pihak yang terlibat.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia masih baharu dalam sektor berkenaan berbanding Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang telah lama terbabit dalam industri tersebut.
”Kita mempelawa syarikat-syarikat Jepun untuk melabur dalam bidang teknologi hijau ini kerana banyak peluang pelaburan menerusinya.
”Malah, kita turut menyediakan insentif kepada syarikat-syarikat yang berminat dalam bidang tersebut,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian semasa menjawab satu soalan yang diajukan oleh peserta Seminar Peluang Perniagaan di Malaysia di sini.
Seminar bersempena misi perdagangan Malaysia ke Jepun itu mendapat sambutan hangat apabila disertai kira-kira 1,000 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli perniagaan Jepun.
Ketika ditanya mengenai bandar pintar di Malaysia, Mustapa berkata, kerajaan sentiasa berusaha mewujudkan bandar pintar iaitu bandar yang mesra alam dan menjimatkan tenaga.
Katanya, Malaysia masih jauh dalam bidang itu dan penyertaan syarikat Jepun dalam membantu negara ini adalah dialu-alukan.
”Sebagai contoh Putrajaya, wilayah itu masih memerlukan penambahbaikan untuk menjadi bandar pintar sepenuhnya kerana perkembangannya masih berada pada peringkat 80 peratus,” katanya.
Sementara itu, Mustapa berkata, Malaysia merupakan destinasi pelaburan yang sesuai kepada syarikat-syarikat Jepun berikutan penambahan penduduk dan peningkatan golongan pertengahan di negara ini.
Tambahnya, kedudukan ringgit yang kukuh, keamanan dan kestabilan serta infrastruktur yang baik juga faktor yang perlu diambil kira syarikat Jepun.