KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) — Kerajaan memutuskan untuk memulakan penyiasatan awal ke atas import “cellulose fibre reinforced cement flat and pattern sheets” (FCB) dari Thailand susulan petisyen daripada pengeluar tempatan yang meminta duti anti lambakan dikenakan ke atas import FCB.
“Selaras dengan Akta Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1993 dan Peraturan yang berkaitan, satu penentuan awal akan dibuat dalam tempoh 120 hari daripada tarikh permulaan siasatan.
“Sekiranya penyiasatan awal didapati afirmatif, maka Kerajaan mungkin akan mengenakan duti anti lambakan sementara pada kadar yang perlu untuk memastikan tiada kemudaratan yang berterusan,” kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan.
Petisyen itu, yang diterima kerajaan pada 3 Jun, antara lain mendakwa FCB yang berasal atau dieksport dari Thailand dibawa masuk ke Malaysia dengan harga lebih rendah daripada yang dijual di pasaran domestik negara-negara tersebut.
Pempetisyen tersebut mendakwa lambakan import telah menyebabkan kemudaratan material kepada institusi tempatan di Malaysia dan mengatakan bahawa import dari negara berkenaan telah meningkat dari segi jumlah kuantiti.
“Hasilnya, pempetisyen telah mengalami kemudaratan melalui kesan lambakan, antara lainnya, pemotongan harga, pemelesetan harga, kehilangan bahagian pasaran, pengurangan dalam jualan domestik dan penurunan keuntungan,” kata kementerian itu.
MITI berkata ia menyediakan borang soal selidik berkaitan penyiasatan ini.
Semua pihak berkepentingan (pengimport, pengeluar asing, pengeksport dan persatuan) boleh memohon mendapatkan borang kaji selidik tidak lewat daripada 12 Julai, 2013.
“Pihak berkepentingan juga dijemput untuk memberi pandangan mereka secara bertulis terutamanya dengan mengisi borang kaji selidik tersebut dan mengemukakan bukti berkaitan untuk menyokong pandangan mereka pada atau sebelum 31 Julai, 2013.
“Sekiranya tiada maklumat tambahan diterima dalam tempoh yang ditetapkan, pihak kerajaan boleh membuat penentuan awal berdasarkan fakta yang sedia ada,” kata kementerian itu.