LANGKAWI 26 Mac - Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 bukan pameran berorientasikan pertunjukan ketenteraan dan penjualan aset pertahanan semata-mata tetapi merupakan platform mempertingkatkan pelaburan dalam bidang aeroangkasa.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Malaysia sebagai negara yang pesat membangun menjelang 2020 berada di landasan betul menerusi penganjuran acara itu dalam menempa nama sebagai antara pemain aeroangkasa di rantau ini.
?Sektor aeroangkasa sememangnya digalakkan kerajaan dalam menjana lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, sebab itu kementerian menerusi Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) menjalankan pelbagai bentuk program dalam meningkatkan bidang ini,” katanya ketika ditemui sewaktu melawat LIMA 2013 di sini hari ini.