Majlis Networking MITI dan Agensi Bersama pihak swasta sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2012 baru-baru ini telah diadakan pada 3 September 2012 bertempat di perkarangan MITI. Majlis yang saban tahun diadakan ini adalah khusus untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di samping untuk mengeratkan silaturrahim di antara pegawai Kementerian dan Agensi serta pihak swasta.
Menu 1Malaysia yang mewakili semua bangsa di Malaysia seperti lemang, rendang, sate, pasembor, capati dan pelbagai lagi menjadi juadah pilihan tetamu yang hadir.
Majlis ini juga turut dihadiri oleh duta-duta asing ke Malaysia dan wakil-wakil syarikat korporat antaranya seperti Tan Sri Yong Poh Kon, Presiden FMM, Encik SM Nasaruddin daripada Kumpulan Naza, Lim Kok Cheong, Presiden CCCIM dan Nicholas S. Zefferys, Presiden AMCHAM serta ramai lagi.
Seramai kira-kira hampir 700 jemputan menghadiri jamuan hari raya ini. YB Menteri MITI, Dato’ Sri Mustapa Mohamed serta YB Timbalan Menteri MITI, Dato’ Mukhriz Mahathir turut beramah mesra bersama tetamu yang hadir termasuk pihak media.
Antara program menarik yang diadakan sepanjang majlis adalah seperti pertandingan baju raya tercantik, cabutan bertuah dan live band yang menambah susasan ceria dan gembira di kalangan kakitangan dan tetamu yang hadir.
YB Menteri MITI telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada 12 anak angkat MITI dari 27 yang dapat hadir ke majlis ini.
see more: http://www.facebook.com/MITI.Malaysia/photos