Miti Blog

Ministry of International Trade and Industry Malaysia Official Blog

“MALAYSIA TEKANKAN PENTINGNYA PERDAGANGAN BEBAS TERHADAP KESELAMATAN MAKANAN DAN MAHUKAN AGENDA ALAM SEKITAR APEC YANG LEBIH MEMBERANGSANGKAN”.

Posted by admin2 on June 22, 2015 at 10:55 am
tok-pa-apec-bm-blog-05092012
Vladivostok, 5 September 2012 - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato’ Sri Mustapa Mohamad, menekankan kepentingan perdagangan bebas untuk memastikan keselamatan makanan dan memperkukuhkan komitmen Malaysia terhadap inisiatif Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) untuk menggalakkan pertumbuhan hijau dan perkembangan mapan.


Bagi memastikan keselamatan makanan, Menteri-Menteri APEC hari ini menyarankan tentang perlunya perdagangan bagi produk-produk pertanian ini dipermudahkan melalui penggubalan dasar yang bertepatan. Mereka turut menyatakan harapan ke arah kerjasama yang lebih erat dalam bidang ini melalui APEC termasuklah melalui peningkatan R&D pertanian serta perkongsian amalan terbaik.

Dalam celahannya, Dato’ Sri Mustapa menekankan bahawa “Bagi Malaysia, agenda pertanian dan keselamatan makanan merupakan satu keutamaan. Malaysia berpendapat bahawa pengeluaran dan perdagangan bagi produk-produk pertanian boleh dipertingkatkan melalui penurunan langkah-langkah pasaran yang boleh mengganggu perdagangan pertanian global”. YB Menteri turut menyeru ekonomi-ekonomi APEC supaya mengelak daripada mengenakan tindakan perlindungan atau halangan eksport yang boleh menjurus ke arah ketidakseimbangan dalam pengeluaran serta bekalan pertanian bagi mengelakkan ketidakstabilan harga.

Dato’ Sri Mustapa turut menekankan bahawa usaha untuk mempertingkatkan pelaburan di dalam sektor pertanian bukanlah semata-mata menjadi tanggungjawab kerajaan sahaja. “Sektor perniagaan turut berperanan penting melalui sumbangan pelaburan mereka dalam sektor ini. Ia juga bukan hanya bertumpu kepada syarikat-syarikat pertanian berskala besar tetapi juga melibatkan pekebun-pekebun kecil. Malahan, pekebun-pekebun kecil juga boleh memainkan peranan besar sama ada dalam jangka masa pendek atau sederhana melalui peningkatan pengeluaran makanan justeru turut menyumbang ke arah keselamatan makanan,” tambahnya.

YB Menteri MITI seterusnya menyeru rakan sejawat APECnya untuk membangunkan satu program kerja khusus untuk menangani isu keselamatan makanan dan memastikan terdapatnya mekanisme tetap bagi memantau pelaksanaan program kerja berkenaan.

Bagi inisiatif pertumbuhan hijau, Malaysia telah menyumbang ke arah  pembentukan senarai Barangan dan Perkhidmatan Alam Sekitar APEC dengan mengemukakan sejumlah lebih 100 produk alam sekitar untuk dipertimbangkan.

“Pembangunan senarai barangan alam sekitar dalam APEC merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan memandangkan ia merupakan julung kalinya sesebuah organisasi rantau mampu melaksanakannya. Senarai akhir produk-produk ini dicadangkan untuk penurunan duti importnya kepada 5% dan ke bawah menjelang 2015. “Walau bagaimanapun”, YB Menteri MITI menekankan bahawa “lebih banyak usaha diperlukan untuk memperkembangkan senarai tersebut agar ianya lebih bermanfaat dan bermakna.” “Pelaksanaan ini akan menyumbang kepada pembangunan mapan dan agenda alam sekitar bagi rantau ini serta memudahkan akses pasaran bagi produk-produk eksport Malaysia bagi barangan ini.”

Sepanjang 9 bulan ini, pegawai-pegawai dari ekonomi-ekonomi APEC telah berusaha untuk mencapai persetujuan bersama bagi penyenaraian produk sebagai titik permulaan untuk memenuhi objektif pertumbuhan alam sekitar. Menteri-Menteri APEC telah menggesa pegawai-pegawai kanan untuk meningkatkan usaha untuk memuktamadkan senarai bersama untuk dikemukakan kepada Pemimpin-Pemimpin.

Menurut YB Dato’ Sri Mustapa, pencapaian APEC boleh dijadikan sebagai landasan untuk melaksanakan inisiatif yang lebih menyeluruh untuk memastikan perdagangan barangan alam sekitar yang lebih bebas. “Kebanyakan negara telah menyatakan hasrat masing-masing untuk melakukan lebih banyak perkara untuk perkembangan mapan dan alam sekitar. Komitmen oleh ekonomi-ekonomi APEC ini menunjukkan penunaian hasrat tersebut. Pemansuhan halangan perdagangan bagi mencapai matlamat bersama mengukuhkan lagi komitmen ini”, tambah beliau.

Daripada perspektif Malaysia, inisiatif hijau ini merupakan situasi yang memanfaatkan semua pihak. Pengeksport barangan alam sekitar Malaysia mampu memperluaskan akses pasaran mereka di rantau ini, manakala pengguna tempatan boleh menikmati harga dan pilihan yang lebih baik. Implementasi dasar berkaitan perkembangan alam sekitar dan tenaga boleh diperbaharui mampu dipercepatkan apabila inisiatif ini dilaksanakan pada 2015.

Bagi isu-isu WTO, YB Menteri menekankan seruan Malaysia agar ahli-ahli APEC meneruskan usaha rundingan agar memperoleh hasil yang memberangsangkan untuk isu-isu Pusingan Doha. Malaysia turut menyeru WTO untuk melancarkan rundingan memperkembangkan liputan produk untuk liberalisasi bagi Perjanjian Teknologi Maklumat (ITA). Dengan perkembangan ini, Malaysia akan beroleh manfaat daripada ITA yang pertama kalinya dirunding pada 1996 dan merangkumi 97% perdagangan global dalam produk-produk teknologi maklumat.
Mesyuarat dua hari yang berlangsung sejak hari ini bertumpu kepada empat fokus utama - liberalisasi pelaburan dan perdagangan dan integrasi ekonomi serantau, pengukuhan keselamatan makanan, rantaian bekalan global dan inovasi. Hasil Mesyuarat Menteri-Menteri APEC akan dilaporkan kepada 21 Pemimpin-Pemimpin APEC yang akan bermesyuarat pada 8-9 September 2012. YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak akan menghadiri mesyuarat dua hari berkenaan.



No commnents yet

Type Your Search Here

Tags

4PU ACEAN AEC AFAS AFTA AKI APEC ARBC ASEAN ASEAN Business Advisory Council (ABAC) ASEAN Regional Business Council ASEAN- India FTA ASEAN-India FTA AirAsia Alternative medicine Andrew Robb Anti- Dumping Anugerah Kecemerlangan Industri Apollo Hospitals Apparels Apps Store Asean Economic Community Asean Framework Agreement on Services Asian Development Bank Australian Minister for Trade and Investment Automotive Industry Axiata BDO BNM Babar Ali Khan Bangladesh Bank of China Bogor Goal Brazil Budgets Bumiputera CEO CEPT CHINA CIDB CIMB COO Caexpo Cement and Concrete Association (C&CA) Channel News Asia Chemical Company of Malaysian Berhad (CCM) Chile China China-ASEAN China-ASEAN FTA Confederation of Indian Industry Conference Construction Industry Development Board Consumers DIGI DOHA Dato' Seri Mustapha Mohamed Datuk Dr Rebecca Sta Maria Datuk Hamim Samuri Datuk Ir Hamim Samuri Datuk Jacob Datuk Mustapa Mohamed Datuk Naimun Ashakali Mohammad Datuk Seri Mustapa Mohamed Datuk Seri Mustapha Mohamed Datuk Seri Najib tun Razak Doha Development Agenda ELV Policy EPU ETP Economic Planning Unit Economic Policy Leaders programme Economic Transformation Program Economic Transformation Programme Economy Eelco Eksport Eksports Eports European Commission (EC) Events Export Exports FDI FOKEM FTA Federal Governmen Federation of Malaya Fiscal policy Committee (FPC) Food Forbes Foreign direct investments Foreign investments Forum Ekonomi Dunia GDP GE GST GTP Global Market Globecycle Goods and Services Tax Government Transformation Programme Groom Big HACCP-certified HDC HP Halal Halal Development Industry Halal Development Industry Corporation Halal Industry Development Corp Halal Ingredients Asia 2015 Hoekstra ICT IJM Corp Berhad IMD INSKEN INVESTMENT MISSION IPI IT Import Imports India Indian Commerce and Industry minister Nirmala Sitharaman Industries Industry Information and Communication Technology (ICT) Infrastructure Development Finance Company Institute for Management Development International Trade and Industry InvestKL Investents Investment Investments Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jakim Jeli Jepun Jom Masuk IPT (KPTN 2015) KELANTAN KSU Karnival Karnival Pendidikan Tinggi Negara Khazanah Nasional Khazanah Nasional Bhd Kulim Hi-Tech Park LIMA LIMA'15 LNG Laporan World Competitiveness Yearbook (WYC) Lawatan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia Lexus MAI MATRADE MAlaysian Economy MGCC MIDA MITC MITI MITI Deputy Secretary-General MITI Report MITI Weekly Bulletin MITI Weekly Bulletin trade MITI report MITI weekly Bulletin MITI] MNC MOF MPC MTFTA Malaysia Malaysia Airports Holdings Berhad Malaysia Automotive Institute Malaysia Economy Malaysia Entrepreneurship Forum 2015 (MEF) Malaysia External Trade Development Corp Malaysia External Trade Development Corporation Malaysia International Halal Showcase Malaysia-China Trade Malaysia-India Comprehensive Economic Cooperation Agreement Malaysian Airlines Bhd Malaysian Economy Malaysian Industrial Development Finance Bhd Malaysian Palm Oil Board Malaysian Report Malaysian Standards Malaysian economy Malaysian pavilion Manufacturing Manufacturing Industry Maybank Media Release Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Microsoft Mid Tier Companies Development Programme Minister of Commerce of China Gao yan Minister of International Trade and Industry Ministry of Finance Ministry of International Trade and Industry Miti Miti Report Miti Weekly Bulletin MyASEAN Internship Programme NAP NAP review National Automotive Policy Nestle Networking OIC OIC-Asia Trade and Economic Forum 2015 Organisation of Islamic Cooperation P Ravindran PEMANDU PEMUDAH PKS PLKN PPD Pameran Maritime dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2015 Parts and Components Pembangunan Industri Halal Sdn Bhd Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Perbadanan Perbadanan Pembangunan Industri Halal Sdn Bhd Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia Performance Management and Delivery Unit Perjanjian Perdagangan Bebas Perusahaan Kecil dan Sederhana Petronas Play Store Policy Perspective Preferential Tariff Rate Program Pembiayaan Usahawan Wanita Program Transformasi Ekonomi Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka Pusat Transformaasi Luar Bandar (RTC) Quality R&D RCEP ROO Ranhill Regional Comprehensive Economic Partnership Road Sectors Royal Vopak Russia SCE SDSI SIRIM SIRIM QAS International Sdn Bhd SME Bank SME CORP SME Corp SME corp Malaysia SMECorp SMEs SPS STA Sadguru Polymers Pvt Ltd & Triace Solution SapuraCreest Satu Daerah Satu Industri Securities Commision Service Industry Service Sector Service Sectors Service sector Service sectors Services Sector Services sector Shell Shell Malaysia Shell Malaysia Ltd(SML) Shell Refining Company Showcase Groom Big Sime Darby Singapore Corp Enterprise Small and Medium Scale Industries Sri Mustapa Mohamed Strategic Trade Bill Success Story Sunway Sunway Group THE 12th China-Asean Expo TM TOK BALI TPP TPP trade TPPA TTPA TV Show Tariff Elimination Temasek Foundation Tenaga Nasional Bhd's The 21th ASEAN Economic Ministers (AEM) The Economic Planning Unit (EPU) The Malaysian Investment Development Authority The New Global Context The World Trade Organisation (WTO Toyota Camry Trade Trade Figure Trade Performance Trade Review Trans Pacific Partnership Trans Pacific Partnerships Trans-Pacific Partnership Agreement UMW Corporation UMW Holdings Berhad UMW Toyota UNCTAD US Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Untag Usahawan Bumiputera Vehicle End-of-Life Policy Voluntary Partnership Agreement (VPA) WCC WCY WEF WEP WHS WORLD ECONOMIC FORUM(WEF) EAST ASIA 2014 AND TRADE & INVEST WTO World Competitive Centre World Competitiveness Center (WCC) World Competitiveness Yearbook (WCY) World Economic Forum World Halal Conference 2015 World Halal Summit YB Dato' Sri Mustapa Mohamed ZICOlaw application auto automotive bangladesh bank negara malaysia bilateral relation biojisim biomass business business facilitataion business facilitation cars 15 years cement industry competitiiveness competitive competitiveness competitveness currency e&e economy education electrical electronics emerging market environment eport World Competitiveness Yearbook 2014 export exports felda food manufacturing fore foreign direct investments foreign trade forex free trade agreement green technology gross domestic product healthcare highway hong kong import imports india industries industry interest rates international standards investmen investment investments irAsia iron and steel japan jepun kdnk kelantan liberalisation logistic low carbon malaysia malaysian business manila manufacturing mecc metal sub-sector middle east mihas miti motor vehicles national green technology national timber policy non-Islamic nations non-tariff north africa packaging policy review portland cement proton public service delivery renminbi research and development retails road transport sales showcase small and medium enterprises small and medium enterprises (SMEs) sme sme corp sme corp malaysia sme master plan smi smidec syarikat berstatus multinasional tariff tax incentive textiles the Asociation of Southeast Asian Nations the electrical and electronics the government's 11th Malaysian Plan tnb tourism trade tradisional medicine tube programme usahaw value added visit wood wood-based products world economic forums