YB. Dato Sri’ Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, “Negara harus meningkatkan prestasi ekonomi bagi mencapai target Program Transformasi Ekonomi.”
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Antarbangsa dan Industri (MITI) akan mengambil inisiatif untuk memainkan peranan utama bagi kempen untuk berkerjasama dengan semua parti bagi memperbaiki daya saing ekonomi Negara.
“MITI juga akan berkerjasama dengan komuniti usahawan bagi mencapai matlamat ini.”
“Kami juga akan berkerjasama dengan Kementerian dan Agensi kerajaan yang lain untuk mencapai tahap perkhidmatan awam bagi memenuhi kehendak agenda transformasi.”
YB. Dato’ Sri Mustapa Mohamed berucap semasa Pelancaran Laporan MITI 2011. Laporan ini adalah bertemakan “Memacu Transformasi, Menjana Pertumbuhan” dan merupakan terbitan edisi ke-20.
Laporan ini melaporkan pembangunan dalam perdagangan, pelaburan dan produktiviti Malaysia pada tahun lepas dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan dengan industri hijau, pembangunan keusahawanan dan program-program turun padang Kementerian.
Pada tahun 2011, ekonomi Malaysia berkembang 5.1 peratus, dengan sektor pembuatan mencatatkan peningkatan 4.5 peratus, manakala sektor perkhidmatan meningkat 6.8 peratus. Pencapaian ini diperolehi sewaktu Negara berhadapan dengan cabaran-cabaran dalam persekitaran antarabangsa terutamanya kemelut hutang kerajaan di kawasan Euro dan kelembapan proses pemulihan ekonomi Amerika Syarikat.
Dato’ Mustapa berkata usaha meningkatkan daya saing ekonomi sentiasa menjadi keutamaan Malaysia. Tindakan telah diambil dengan melaksanakan beberapa langkah penting bagi meliberalisasi ekonomi dan memulakan tindakan pemulihan yang meluas bagi meningkatkan tahap keberkesanan dan memulihkan keyakinan pelabur. Peningkatan dalam produktiviti, pembudayaan inovasi dan mewujudkan persekitaran mesra perniagaan merupakan perkara-perkara yang diberikan penekanan khusus.
MITI memainkan peranan utama dalam melaksanakan Program Transformasi Ekonomi. Pada tahun 2011, MITI berkerjasama dengan industri dan PEMANDU untuk memastikan EPP, terutamanya sektor E&E, dilaksanakan seperti yang dirancang. Pelaksanaan projek ini adalah penting bagi memastikan Malaysia terus mesra-perniagaan. Dalam konteks ini, MITI berkerja dengan PEMUDAH untuk memansuhkan lesen perniagaan yang tidak diperlukan.
Dato Mustapa merujuk kepada Program yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH). Program ini melibatkan kajian semula secara sistematik ke atas kesemua lesen perniagaan sedia ada serta undang-undang dan peraturan lapuk, dengan tujuan memansuhkan lesen perniagaan dan peraturan yang tidak lagi relevan. Program ini bermula pada Mac 2011 dan sebanyak 767 lesen telah dikaji semula.
Hasil kajian PEMUDAH mendapati sebanyak 49% lesen perniagaan untuk dimansuh atau dipermudahkan dengan penjimatan kos yang terhasil daripada Program Pemodenan ini dianggarkan sebanyak RM729 juta. Bagi memudahkan lagi urusan, hampir kesemua lesen perniagaan juga boleh dipohon secara atas talian (on-line).
Dato’ Mustapa berkata, langkah-langkah berikut telah meningkatkan pencapaian keseluruhan ekonomi dan menyumbang kepada pemulihan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa. Pencapaian boleh dilihat pada survey berikut:
• Dalam laporan ‘World Bank - Ease of Doing Business 2012’, pada keseluruhannya Malaysia menduduki tempat ke-18 daripada 183 negara, peningkatan lima kedudukan daripada tahun 2011.
• ‘IMD World Competitiveness Yearbook 2012’ menyenaraikan Malaysia pada kedudukan ke-14, iaitu merupakan peningkatan sebanyak dua anak tangga dari tahun 2011.
• World Bank’s Logistics Performance Index (LPI), yang merupakan satu kajian antarabangsa ke atas syarikat pengangkutan dan perkapalan mengenai ‘mesra perniagaan’ sesebuah Negara, Malaysia telah mendapat markah yang memuaskan iaitu 3.44 daripada 5.
Melangkah ke hadapan, program-program promosi pelaburan MITI akan meneruskan fokus kepada menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan bagi pelaburan berteknologi tinggi dan industri berasaskan pengetahuan. Sektor perkhidmatan akan terus melalui proses liberalisasi lanjut untuk menerajui pertumbuhan ekonomi Negara.
MITI dan Agensi akan memperkenalkan pembaharuan organisasi bagi menyampaikan tahap perkhidmatan yang lebih tinggi. Beberapa Pusat Perdagangan dan Pelaburan akan dibuka di seluruh dunia, bermula dengan Seoul, Shanghai, Frankfurt, New York dan London- bagi mengkordinasikan aktiviti perdagangan dan pelaburan secara lebih efisien.
Pada peringkat tempatan, MITI akan membuka pusat untuk mendekati usahawan dan rakyat dengan efektif. Pusat pertama akan dibuka di Melaka bertempat di Pusat Transformasi Urban dan
akan menawarkan kesemua perkhidmatan MITI dan Agensi MITI. Ini dijalankan dengan semangat 1Malaysia dan perkembangan dalam persekitaran perniagaan. Dan menjadikan MITI lebih cekap dan seterusnya menonjolkan imej Malaysia yang lebih kuat.
MITI akan meneruskan pelbagai aktiviti untuk mendekatkan diri dengan rakyat dan para usahawan kecil dan sederhana melalui program turun padang. Aktiviti-aktiviti ini berupaya menyalurkan maklumbalas yang diperlukan dalam membantu penggubalan dasar.
Laporan MITI 2011 menyediakan sumber maklumat dan data perdagangan serta industri kepada pihak-pihak yang berkepentingan seperti para pelabur, penyelidik, akademik dan pelajar.