YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang mengadakan lawatan rasmi ke Surabaya, Indonesia. Rangka lawatan selama dua hari yang bermula pada 8 April hingga 9 April 2012 ini merupakan usaha MITI untuk memperkukuhkan jaringan perniagaan PKS tempatan dengan pengusaha dan persatuan-persatuan perniagaan Jawa Timur. Misi tersebut disertai oleh 26 usahawan tempatan di bawah bimbingan SME Corp M’sia Dan Halal Development Corporation (HDC) iaitu agensi-agensi di bawah MITI.
YB Menteri dan rombongan usahawan PKS dijadual bertemu dan mengadakan sesi pemadanan perniagaan dengan ahli-ahli perniagaan dari pelbagai organisasi tempatan seperti Perhimpunan Pengusaha Indonesia Tionghua (PERPIT), Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI), Kamar Dagang Dan Industri (KADIN) Jawa Timur, Perkumpulan Masyarakat dan Pengusaha Indonesia Tionghua (PERMIT). Kumpulan usahawan tersebut meliputi pelbagai sektor seperti makanan, minuman, logistik, kosmetik dan farmaseutikal, sektor pembinaan serta automotif.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed sebelum ini telah mengadakan lawatan kerja ke Jogjakarta, Balikpapan, Manado dan Bali selain Jakarta. Dato’ Sri Mustapa menekankan pentingnya tumpuan diberikan kepada wilayah-wilayah di luar Jakarta kerana wilayah-wilayah tersebut dilihat semakin berkembang dari segi ekonominya. Melalui misi sebegini, hubungan ekonomi dan perdagangan dua-hala antara kedua-dua negara dapat ditingkatkan selain meluaskan jaringan perniagaan antara pengusaha-pengusaha kedua negara terutamanya dari kalangan PKS tempatan.
Jawa Timur merupakan satu wilayah Indonesia yang sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mempunyai hampir tiga juta penduduk. Pada 2010, Surabaya mencatat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak IDR 176.44 trilion dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 7.3 peratus berbanding pertumbuhan KDNK Indonesia sebanyak 6.5 peratus. Pelabuhan Surabaya merupakan antara pelabuhan yang tersibuk di Indonesia yang juga merupakan pintu masuk ke Jawa Timur.
Perdagangan Duahala
Pada 2011, Indonesia merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dikalangan negara-negara ASEAN, menyumbang sebanyak 4.7 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia. Ia melihatkan peningkatan sebanyak 17.6 peratus daripada RM47.5 billion pada 2010 kepada RM55.9 billion pada 2011.
Nilai eksport Malaysia ke Indonesia pula meningkat sebanyak 15.1 peratus daripada RM18.1 billion pada 2010 kepada RM20.8 bilion pada 2011. Eksport utama Malaysia ke Indonesia termasuk kimia dan produk berasaskan kimia, barangan elektrik dan elektronik, jentera dan peralatan, produk petroleum bertapis dan makanan terproses.
Dari segi import pula, Malaysia turut mencatatkan peningkatan sebanyak 19.4 peratus kepada RM35.1 billion pada 2011 berbanding dengan RM29.4 billion pada 2010. Import utama Malaysia dari Indonesia adalah minyak kelapa sawit, barangan buatan besi, kimia dan produk berasaskan kimia, produk petroleum bertapis dan peralatan electric dan elektronik.
Pelaburan Duahala
Indonesia juga merupakan antara destinasi pelaburan yang penting bagi syarikat-syarikat dari Malaysia. Pelaburan Malaysia di Indonesia dari 2006-2011 berjumlah USD5.9 bilion dan Malaysia merupakan negara pelabur ke lapan terbesar di Indonesia. Pelaburan Malaysia di Indonesia antaranya dalam industri minyak dan gas, perladangan, perbankan, insurans dan telekomunikasi.
Lawatan kerja Menteri MITI ke Surabaya pada 8-9 April ini diharap dapat meningkatkan lagi hubungan kerjasama ekonomi yang sedia terjalin antara Malaysia dan Indonesia, khususnya Jawa Timur dan peluang jalinan perniagaan ini diharap dapat digunakan oleh PKS tempatan dengan sebaiknya.