Inisiatif kerajaan dengan agensi lain dalam mempromosikan produk halal ke peringkat antarabangsa dilihat semakin positif apabila nilai eksport secara keseluruhan tahun 2011 adalah sebanyak RM35.4 billion berbanding 2010 hanya RM23.1 billion.
Menurut Menteri MITI, YB Dato; Sri Mustapa Mohamed, eksport halal menyumbang sebanyak 5.1% daripada nilai keseluruhan sehingga tahun lepas.
“Ini adalah satu pencapaian penting buat industri Halal kerana ini adalah pertama kalinya kami mengumumkan statistik Halal. HDC telah membangunkan satu pangkalan data yang komprehensif untuk statistik Halal, di mana ianya membolehkan HDC melaporkan prestasi bagi industri Halal ini,” kata Mustapa.
“Di dalam aspek perbandingan dengan negara lain, adalah satu cabaran bagi mereka untuk mempunyai statistik yang komprensif, kerana mereka tidak mempunyai pangkalan data terperinci untuk industri Halal seperti di Malaysia. Saya percaya dengan nilai eksport yang dicatatkan, Malaysia muncul sebagai peneraju eksport produk dan perkhidmatan Halal dan yang terbesar di kalangan Negara PertubuhanPersidangan Islam (OIC),” tambah beliau.
Sektor bagi bahan (ingredient) Halal menjadi penyumbang tertinggi dengan nilai eksport sebanyak RM12.3 bilion atau 35 peratus, dan diikuti dengan sektor makanan dan minuman yang menyumbang sebanyak RM11.9 bilion (34 peratus), sektor minyak sawit derivative seperti oleokimia menyumbang RM7 bilion (20 peratus), bahan kimia industri bernilai RM2 bilion (6%) dan sektor farmaseutikal bernilai RM290 juta.
Sehingga kini, terdapat 4,785 syarikat bersijil Halal beroperasi, di mana 700 adalah pengeksport pelbagai produk dan perkhidmatan. Daripada ini, 75% adalah dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang telah menyumbang kepada permintaan pasaran dunia.
Dari segi pelaburan, HALMAS Halal Park telah membawa pulangan yang besar pada tahun 2011 dengan pencapaian pelaburan pada jumlah RM625.1 juta. Pecahannya adalah Penang International Halal Hub (RM381.1 juta), techpark@enstek (RM8.4 juta), PKFZ Halal Flagship (RM8.6 juta),Melaka Halal Park, Serkam (RM34.0 juta) dan Selangor Halal Hub (RM193.0 juta). Sehingga ke hari ini, terdapat 9 HALMAS Halal Park, di seluruh Malaysia yang menyediakan pekhidmatan komprehensif untuk syarikat yang ingin menceburi pasaran global Halal. Sehingga kini, terdapat 100 syarikat di HALMAS Halal Park ini.
“Untuk tahun 2012, angka sasaran bagi eksport halal adalah peningkatan sebanyak 6% berbanding t ahun 2011 dan sasaran pelaburan bagi Halal Park pula adalah RM1 bilion,” kata Menteri MITI.
Lima pasaran eksport halal utama adalah China, Amerika Syarikat, Singapura, Belanda dan Jepun.